Isnin, 12 Januari 2009

Anak dirumah disusukan...

Ketika ini saya melihat kerajaan Pusat terlalu menitik beratkan keperkembangan yang berlaku dinegeri yang diperintah oleh parti yang tidak sealiran dengan parti kerajaan diperingkat pusat. Secara dasarnya ianya amat baik kerana ianya akan menunjukkan parti pemerintah dipusat amat prihatin dengan masalah rakyat tanpa mengira negeri tersebut diperintah oleh parti mana. Namun sedikit sebanyak tindakan sebegini akan mengundang risiko terutamanya sokongan terhadap parti pemerintah di negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi seperti Malaysia yang menjalankan sistem demokrasi berparlimen, sepatutnya sudah sampai masa kerajaan pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini perlu kerana Cuma dengan cara ini rakyat akan dapat membezakan dan mengalami sendiri keputusan yang dibuat tanpa pertimbangan yang wajar. Campur tangan yang berterusan dari kerajaan pusat cuma akan merugikan kerajaan barisan nasional sahaja seperti mana yang berlaku di Kelantan yang sejak tahun 1990 gagal ditawan oleh Barisan Nasional. Ini jelasa kerana semasa pemerintahan kerajaan Pas pun masih lagi kerajaan pusat menghulukan bantuan yang tidak perlu kepada rakyat dinegeri tersebut walaupun jelas nyata mereka tidak menyokong dan mengundi kerajaan barisan nasional. Malahan semasa pengagihan bajet RMK 9 sendiri menunjukan ada sesuatu yang tidak kena apabila Kelantan menerima peruntukan melebihi kerajaan Terengganu dan Pahang yang diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional. Sikap kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan ini sudah terbukti tidak akan membawa kemenangan dan kejayaan kepada barisan nasioan perlu ditamatkan segera. Jadi sebagai rakyat mereka tidak memahami keperitan ataupun kesusahan jika tidak mengundi Barisan Nasional. Hasilnya pada tahun 2008, pilihanraya kedua-belas, Barisan Nasional tumbang di lima negeri akibat dari dasar yang merugikan ini.


Walaupun begitu bukanlah bermaksud untuk menidakkan gerak kerja dan sokongan ahli parti dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini tetapi ada pendekatan lain yang boleh diguna pakai untuk menjalankan aktiviti parti bagi menarik sokongan kepada Barisan Nasional dan UMNO khususnya. Mungkin juga sebarang aktiviti hendaklah dijalankan melalui peruntukan dari parti dan bukannya seperti sekarang yang memberikan peruntukan melalui JPP dan juga agensi kerajaan pusat yang banyak merugikan dari politiknya.

Namun nampaknya seperti tidak belajar dari kesilapan apabila kerajaan pusat yang dikuasi oleh Barisan Nasional masih lagi mahu campur tangan secara aktif dinegeri-negeri pembangkang seperti Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Rakyat negeri tersebut telah pun membuat pilihan mereka. Jadi untuk tempoh penggal ini biarlah mereka merasai keputusan yang telah dibuat secara melulu tanpa memikirkan akibatnya dan juga jasa-jasa yang telah dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Adalah lebih baik sekiranya kerajaan pusat menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu negeri-negeri yang masih bersama kerajaan Pusat seperti Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan lain-lain negeri supaya akan nampak jelas bahawa setiap undi yang diberi akan membawa akibat yang berbeza. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kepimpinan parti supaya rakyat benar-benar yakin akan keperluan untuk mengundi Barisan Nasional.

Sudah sampai masanya apa sahaja yang berlaku dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dibiarkan sahaja selagi ianya tidak bertentangan dengan perlembagaan persekutuan supaya rakyat dapat menilai yang mana Intan dan yang mana kaca. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Sdr Amin chenor, apa khabar...

    Tahniah kpd sdr, krn berfikiran terbuka, walaupun sdr adalah Naib ketua Pemuda UMNO bahagian Maran.

    sebenarnya bila saya mengulas tajuk blog sdr, "anak dirmh disusukan" saya teringat kisah LKWJ dan DARA di Pahang ditutup tetapi KESEDAR dan KETENGAH di Kelantan dan Terengganu tidak ditutup .

    Kononnya Dr Mahathir dulu nak berjimat, sayangnya dia berjimat di Phg, tetapi tidak di K'tan dan T'gnu.

    Kenapa ? sebabnya diK'tan dan T'gnu PAS kuat.

    Sebenarnya didlm politik ni, org ramai kena pandai berpolitik, jangan biar sesuatu parti politik itu terlalu lama memerintah, macam juga pegawai kerajaan, kalau terlalu lama bertugas disesuatu tempat, mulalah dia pandai serba serbi, terutama pegawai polis.

    Maaflah, saya lupa, rupanya saya sdg mengomen di blog Naib ketua pemuda UMNO bahagian Maran, tapi saya harap sdr tidak marah kpd saya.

    Kalau sudi, silalah lawati blog saya di ababina 328 yg berada di dlm senarai http://www.debatrakyat.blogspot.com/.

    Sekian, semoga sama-samalah kita sihat sejahtera selalu.

    BalasPadam
  2. Tahniah buat sdra,

    Pandangan yang berani. saya sbg ahli UMNO sependapat dgn sdra.

    Apa guna kita mengundi kerajaan kita, jika akhirnya mereka yg "musuh" kita lebih beruntung?

    P036 Kuala Trg adalah contoh terbaik...

    Jumpa lg
    01x 9xxxxx1

    BalasPadam