Isnin, 19 Januari 2009

Tahniah & Terima kasih

Sekalung tahniah kepada semua petugas dan jentera UMNO bahagian Maran terutamanya jentera Pemuda yang diketua oleh Ketua Pemuda Bahagian Maran Sdr Mohd Najuib Bin Haji Mohd Shahaimi yang telah bertugas dengan penuh dedikasi dan berhemah tinggi. Laporan awal yang diterima menunjukkan peningkatan dalam jumlah undi majoriti berbanding pilihanraya umum lalu di Peti Undi Losong Dato’ Amar yang dijaga oleh UMNO bahagian Maran bersama dengan UMNO bahagian Cameron highland, Jerantut dan Lipis.

Semoga pengalaman yang ditimba oleh saudara sekelian akan menjadi senjata untuk digunakan untuk membantu memperkuatkan UMNO di Bahagian Maran sendiri. Ini akan membantu dalam masa UMNO perlu untuk memperbaharui strategi kempen untuk menarik rakyat dan golongan muda supaya kekal mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.

Saya juga mengucapkan syabas kepada saudara kerana bekerja dengan begitu ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit mahupun meletakkan harga atas hikmat bakti saudara. Inilah hakikat perjuangan sebenar UMNO yang sepatutnya sentiasa konsisten dengan perjuangan agama dan bangsanya. Saya doakan saudara sekelian akan diberi ganjaran pahala dan diberkati oleh Allah sentiasa. Mohon maaf kerana tidak dapat bersama kerana tugasan di pejabat yang tidak membenarkan tetapi percayalah saya sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan saudara sekelian.

Walaupun secara keseluruhannya UMNO/BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetapi sebagai sebahagian dari jentera parti kita perlu memastikan apa sahaja tugasan yang diberi kepada kita dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jika ini menjadi amalan semua saudara kita dalam UMNO/BN, insyaallah parti kita akan kembali kuat dan diterima kembali oleh rakyat yang akhirnya akan sedar bahawa sememangnya UMNO lah yang akan menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair bumi Malaysia ini.

2 ulasan:

  1. tahniah kepada KP maran...
    tugasan beliau di KT boleh dibanggakan dan sanggup berjuang untuk menegakkan parti dalam memberi kemenangan pada peti undi Kampung Dato Amar namun kemenangan berpihak kepada parti lawan....

    Ape yang mengecewakan terdapat perwakilan pemuda bahagian yang hadir di KT hanya untuk menunjukkan muka masing2 dan bukan untuk berkempen...ini dapat dilihat apa bila calon Ketua Pemuda malaysia dan juga calon EXco hadir melawat petiundi...mereka seperti "menyelam sambil minum air"

    BalasPadam