Beberapa hari ini hati saya tidak begitu tenteram apabila memikirkan nasib parti saya yang saya yakin sepenuhnya berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair yang tercinta ini. Selepasa sahaja kekalahan memalukan di PRK 36 Kuala Terengganu, UMNO dikejutkan dengan beberapa pendakwaan yang dibuat oleh pihak SPRM yang melibatkan seorang naib Ketua UMNO bahagian di Perak, seorang ejen di Melaka dan seorang ejen di Pahang yang dikatakan menyogok wang kepada adik iparnya untuk mengundi seorang calon Ketua UMNO Bahagian Raub ( Kalah dalam pertandingan tersebut) . Kemudiannya beberapa orang lagi dipanggil memberi keterangan oleh SPRM membabitkan pejumpaan dengan Ahli MT UMNO yang berhasrat untuk mengekalkan jawatannya dalam MT.
Saya tidak mahu bersangka buruk tetapi yang jelas ketika perkara ini berlaku Kepimpinan Nombor satu UMNO iaitu Pak Lah tidak berada didalam Malaysia tetapi sedang menjalankan misi pelaburan di tanah Arab isteri dan beberapa pemimpin UMNO Pusat termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sendiri(maaf kalau tersilap laporan). Melihat kepada tangkapan dan serbuan yang dibuat di Pahang ini menyebabkan saya memikirkan bahawa seolah-olahnya ada sesuatu yang menyebabkan Negeri Pahang itu menjadi amat popular. Adakah kerana Pahang adalah sasaran utama Pakatan rakyat yang begitu marah dengan rakyat Pahang kerana masih kekal dengan UMNO dan Barisan Nasional ataupun kerana anak negeri Pahang dari parti UMNO akan mengambil alih kepimpinan Negara pada masa akan datang. Adakah ini ujian yang harus ditempuh untuk menduduki kerusi Nombor satu tersebut?
Amalan berkempen dan pemimpin bertemu dengan kepimpinan diakar umbi adalah lumrah dalam parti UMNO dan ianya menjadi satu program lazim tanpa mengira samada ianya musim pertandingan ataupun tidak. Namun pada musim pertandingan ianya menjadi lebih kerap kerana keperluan bakal pemimpin untuik meyakinkan pengundi bahawa mereka layak dan sesuai untuk dipilih sebagai pemimpin untuk menerajui parti. Kaedah ini sama dengan kaedah pilihanraya kecil atau umum yang mana calon, ejen ataupun wakil calon boleh bergerak dan berjumpa dengan sesiapa sahaja terutamanya pengundi berdaftar dikawasan tersebut untuk meraih undi. Ini adalah hak demokrasi yang terjamin dalam Perlembagaan Negara. Semua parti yang bertanding dalam pilihanraya akan menggunakan kaedah ini untuk meraih undi bagi parti yang mereka wakili ataupun secara mudahnya untuk memastikan pengundi mengundi nama mereka semasa hari mengundi nanti.
Dengan menggunakan kaedah yang sama ini menjadikan ahli parti UMNO sentiasa dalam keadaan bersedia dan terlatih untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pilihanraya dan ianya akan membantu parti dari semua aspek yang diperlukan untuk berkempen bagi memastikan kemenangan. Dalam proses kempen tersebut semua masalah yang dikenalpasti termasuk keperluan peribadi yang mendesak akan cuba diselesaikan dengan cara yang terbaik termasuk menggunakan sumber kewangan. Walau bagaimanapun perkara ini tidak berlaku dalam pemilihan diperingkat UMNO kerana hal sedemikian ditafsirkan sebagai politik wang oleh Majlis Kerja Tertinggi ( masih diperdebatkan). Oleh yang demikian kebiasaannya setengah pemimpin akan membawa buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin bawahan yang sudi bertemu mata dan bertukar fikiran dalam majlis kempen yang diaturkan.
Namun entah mana silapnya majlis kempen ahli MT di kawasan Temerkoh baru-baru in mendapat liputan yang meluas dari segenap pelusuk rakyat dan yang mengecewakan apabila komen dari Pak Lah yang seolah-olah terus menghukum mereka yang terlibat dengan memuji SPRM telah menjalankan tugas dengan baik dan telus. Tidak ada salahnya SPRM dalam hal ini kerana mereka menjalankan tugas bagi memastikan tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan tetapi sebagai pemimpin sepatutnya ketika membuat kenyataan haruslah memikirkan nasib anak buah yang terlibat dan janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan sedangnya intipati kes belum lagi diketahui. Amat malang bagi UMNO jika mendapat pemimpin yang hanya tahu menjaga kepentingan diri sendiri tanpa memikirakan nasib ahli diperingkat bawahan. Yang lebih mustahak ialah menjaga maruah parti supaya tidak diperlekehkan oleh pihak lawan kerana ianya adalah amanah ahli kepada kepimpinan parti. Kepimpinan yang baik akan sentiasa memikirkan kebajikan ahli supaya sebagai timbale balasnya ahli dapat menjalankan peranan dengan sebaik mungkin untuk menjaga dan mempertahankan parti dari segala ancaman. Bukannya dengan cara arahan yang sudah lapuk dan paksaan yang mungkin tidak dapat diterima oleh ahli. Adalah mustahil bagi seseorang ahli parti untuk berkorban untuk partinya sekiranya parti tersebut ( kepimpinannya) tidak pernah memikirkan kebajikan dan keperluan ahlinya.
Saya sempat meneliti Akta SPRM yang begitu menitik beratkan masalah rasuah kalangan penjawat awam tetapi yan menjadi mangsa pertamanya ialah parti Melayu yang sentiasa berpegang teguh pada perjuangan Agama, bangsa dan tanahairnya. Mungkin sesetengah pendapat akan menyatakan bahawa bukan UMNO yang ditekan tetapi ahlinya yang melakukan kesalahan tetapi sedikit sebanyak ini akan menyebabkan institusi UMNO itu sendiri dipandang serong oleh masyarakat. Lebih malang lagi apabila UMNOlah yang sebenarnya mula mencadangkan SPRM digubal dan dibawa ke Parlimen oleh seorang Perdana Menteri Melayu, kemudiannya diluluskan oleh pemimpin-pemimpin Melayu di Parlimen, seterusnya dikuatkuasa oleh SPRM, yang kebanyakan pegawainya adalah Melayu dan terus akta ini ditikam kepada Parti yang dari dulu hingga kini memperjuangkan nasib Agama Islam dan Bangsa Melayu dibumi bertuah ini. Entah lah….

Saudara Amin yang dihormati,
BalasPadamApa yang saya harapkan, penulisan saudara adalah luahan kepada jiwa saudara yang benar-benar ikhlas dalam memimpin orang melayu masa kini. Sejak dulu, saya kagum dengan sikap saudara yang lantang dalam bersuara demi kebenaran.
Politik Malaysia hari ini semakin tidak stabil. Puncanya? mudah sahaja. Kepimpinan yang tidak kukuh, pemimpin yang tamak haloba dan memimpin berdasarkan nafsu serakah. Bagi mereka, kedudukan tertinggi dalam parti menjamin lubuk kemewahan. Maka, pemimpin (layak ke?) jenis ini tidak malu atau aib untuk melabur sejumlah wang demi tempat yang lebih tinggi. Bak kata "orang yang baru lompat parti masuk PKR", jawatan Ketua UMNO Bahagian lebih hebat daripada wakil rakyat.
Keterbukaan Perdana Menteri dijadikan peluang untuk mereka membalas dendam. Adakah rasuah ini hanya berlaku dalam parti UMNO? Adakah sejak istilah politik wang ditukarkan kembali kepada rasuah, dan ia hanya berlaku dalam UMNO? Anda tahu jawapannya.
16 tahun dulu, saya sendiri masih dibangku sekolah, belum memahami sepenuhnya poltik ini. Namun, catatan sejarah menulis siapakah dalang terbesar "politik wang" atau "rasuah politik" ini. Bagaimana seorang tokoh politik tanahair tumbang ditangan seorang yang bercita-cita dan bernafsu besar.
Biarlah SPRM menjalankan tugasnya, demi kebaikan UMNO juga. Selepas UMNO bersih, tiada lagi isu atau tohmahan terhadap UMNO.
Bagi saya, ini semua adalah strategi "banyak pihak" yang tidak mahu teori RAHMAN menjadi kenyataan. "Banyak pihak" ? Ya. Ada pihak dalam UMNO, ada pihak dalam BN dan ada pihak dalam pembangkang.
Perjuangan mesti diteruskan...
Salam hormat,
01x 9xxxxx1
.
salam saudara...
BalasPadamtak payah nak cakap la...
MUKTAMAD! gejala rasuah di dalam UMNO tidak sama sekali akan dapat dihapuskan!!
ini adalah kenyataan pedih yang harus kita terima kerana ia telah menjadi tradisi dan budaya di dalam diri ahli-ahli UMNO baik dari peringkat cawangan dan lebih-lebih lagi Bahagian.
"KALAU TAK HULUR KALAH" itu lah fakta nya
saya kira saudara sebagai NK Pemuda Bhg lebih
arif mengenai perkara ini walaupun saudara tidak terlibat dgn gejala politik wang ini kerana menang free.
tapi saudara pun sama la....
rasuah depan mata pun buat diam jer....
malam akhir di Mercu Jengka apa yang berlaku???
Khir Toyo datang dia buat apa? dia bagi apa?? brape RM sorang dpt?
ajk pemuda maran tu semua menang dgn duit belaka.
drpd KP smpai la yang bawah2. tak gitu saudara?
apa nak jadi la dgn org2 UMNO ni
dengar2nya AJK UMNO Maran pun ada gak yang kena siasat dgn SPRM betul ke?
sendiri mau ingat la!!
saya yakin pemuda2 umno maran sayangkan kepimpinan saudara
jangan saudara khianati kepercayaan rakyat!
jangan jadi pemimpin haprak!
ikhlas,
budak cenor
budak cenor,
BalasPadamsiapa penyokong dan penmgundi pkr dan pas? mereka ini juga terdiri dari kalangan pegawai di jabatan dan agensi kerajaan yang menyokong pembangkang dan menolak kerajaan. bekerja dengan kerajaan menolak kerajaan bahkan terlibat juga dengan rasuah pemberian tender-tender kerajaan. saya rasa semuanya sama sahaja. jangan salahkan UMNO semata-mata kerana UMNO itu adalah satu entiti sahaja dan pendukungnya adalah manusia biasa yang boleh terdiri dari sesiapa sahaja samaada yang korup dan jujur, begitu juga pkr yang terdiri dari yang jujur dan yang korup. kan sama?
nak tengok sejauh mana politik wang dapat dibendung. SPRM jangan hangat2 tahi ayam je. nak buat, buat betul2 dan yang penting SPRM tak pilih kasih nanti bila menantu Pok Loh je boleh buat apa saje ikut suka dia ingat melaysia ni bapak mentua dia punya. bior semua yang bertanding duduk kat umah jek tanpa melobi nak tengok siapa yang boleh duduk kat kerusi MT UMNO.hehehe........ aku ingat mamak jual roti pn boleh bertanding sebab bukan guna duit pun nak bertanding.semuanya akan dianggap rasuah.bagi orang makan roti free itu pn dah dikira rasuah.....
BalasPadambERANIKAN hATI...
BalasPadamumno dgn pkr sama ke????
apa yg dikisahkan oleh sdr amin dlm artikel ni adalah berkaitan politik wang dalam umno dan SPRM....
tak de kena mengena dgn menyokong kerajaan atau tidak
saudara/i bERANIKAN hATI...
jgn cepat melatah...
sesungguhnya UMNO itu tidak bersalah...
perjuangan UMNO itu suci... (masihkah ada perjuangan dalam UMNO?)
yang menjadi pengkhianat di dalam UMNO adalah pemimpin dan ahli2 UMNO itu sendiri bkn nya org pas @ pkr @ dap
sedarlah wahai MELAYU...
berkata benarlah walaupun pahit
adakah saudara/i bERANIKAN hATI sendiri yang termakan cili???
nak makan... makan lah...
tapi jgn sampai lekat celah gigi...
budak cenor lagi...