Berita penahanan beberapa pemimpin UMNO Pahang menjadi topik hangat kepada semua rakyat beberapa ketika. Kejayaan SPRM yang kononnya bertindak dengan maklumat ahli UMNO sendiri menunjukkan bukti bahawa SPRM telus dan bebas dari sebarang campurtangan politik mengikut kata Ketua Pengarahnya. Tahniah kepada SPRM dan semoga semua kes-kes rasuah yang melibatkan semua pihak kerajaan, parti poltik dan sebagainya dapat diselesaikan dengan bijaksana oleh SPRM.
Namun begitu dalam berita ini agak pelik apabila dalam banyak program atau majlis yang dijalankan diseluruh Negara, SPRM tiba-tiba sahaja berminat dengan majlis UMNO di Negeri Pahang. Apakah selama ini tidak ada sebarang program yang dibuat oleh pemimpin UMNO tersebut mahupun yang lain untuk berjumpa dengan pemimpin peringkat bawahan UMNO. Agak mengejutkan juga apabila peristiwa ini berlaku selepas tiga hari kekalahan UMNO/BN di Kuala Terengganu. Saya dimaklumkan SPRM terpaksa bertindak kerana ada laporan yang dibuat oleh orang UMNO sendiri. Saya doakan agar maklumat yang diterima itu benar-benar ikhlas dan bukan mempunyai niat yang lain. Kita amat takut apabila kuasa yang diberi untuk kebaikan akan menjadi alat untuk setengah pihak yang berkepentingan untuk menginiaya orang tertentu.
Perbualan saya dengan beberapa orang rakan yang memberitahu bahawa majlis tersebut merupakan majlis kempen biasa yang diaturkan di rumah seorang pemimpin UMNO bahagian dengan menjemput pemimpin bawahan sekitar kawasan Temerloh dan kawasan berdekatan. Program kempen biasa ini sebenarnya telah diintip oleh pihak SPRM katanya. Sebagai kepimpinan UMNO kecil di peringkat bahagian saya membayangkan majlis tersebut sebagai majlis biasa untuk ahli dan pemimpin untuk berkenalan dan menilai pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding. Ini kerana dengan cara begini akar umbi akan dapat menilai samada pemimpin tersebut layak untuk dipilih pada pemilihan akan datang.
Tidak tahu pula majlis sedemikian boleh mendatangkan bahaya kepada Negara sehingga boleh menyebabkan SPRM masuk campur sedemikain rupa. Ironinya hanya parti UMNo yang diminati oleh SPRM dan tidak pula parti-parti lain. Ketelusan SPRM sebagai suruhanjaya hanya akan bermakna apabila ianya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ini termasuklah semua parti yang ada dan bukan hanya kepada parti UMNO sahaja.
Insyaallah dalam beberapa penulisan akan datang saya akan cuba menulis beberapa pengalaman saya yang cetek dalam bidang politik ini untuk kita sama-sama belajar dan memahami keadaan yang berlaku. UMNO perlu mendekatkan diri dengan masyarakat dan pemimpin UMNO perlu bersedia untuk berkongsi maklumat dengan semua.

setuju sangat dengan kenyatan saudara, SPRM perlu berkerja keras lagi untuk menangani gejala rasuah. Lebih2 lagi dalam jabatan2 tertentu yang sedia maklum melakukan rasuah. Jangan pandai menuding jadi pada PARTI tertentu untuk untuk menjalankan kerja.
BalasPadam