Saya menyeru kepada Kementerian Perpaduan, kebudayaan , kesenian dan Warisan supaya membatalkan kelulusan penganjuran konsert Rihanna Live In KL yang sememangnya akan mengundang polimik kepada masyarakat dalam negara Malaysia ii. Sya kira tidak ada ruginya sekiranya penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini tidak mengadakan persembahan dalam negara. Sepatutnya sebagai sebuah negara yang berpaksikan Islam sebagai Agama Rasmi dan penerapan nilai Islam dalam kehidupan sepatutnya penyanyi sebegini tidak dibenarkan masuk kedalam negara. Biarlah kita dikata orang daripada kita disoal atas amanah dan tanggungjawab kita nanti dihadapan Allah swt.
Banyak lagi artis dalam negara yang boleh mengadakan persembahan dengan cara yang lebih sopan dan menghiburkan yang sepatutnya kita bantu bagi mengatasi masalah kurang persembahan oleh artis tempatan. Lagipun sepatutnya kita ketika lebih peka dengan maslah ekonomi rakyat dan juga penderitaan audara seagama di Gaza yang amat memerlukan bantuan berbanding tiket konsert Rihanna tersebut. Fikirkanlah…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan