Jumaat, 2 Januari 2009

Wayang Baru Cerita Lama

Ketika sambutan tahun baru dan maal hijrah diraikan hampir serentak, sebagai rakyat bumi bertuah sudah tentunya mengharapkan agar kehidupan yang lebih baik pada tahun baru. Dengan bertambahnya tahun bermakna bertambahlah usia manusia dan semakin dekatlah dengan panggilan Ilahi. Namun yang menyedihkan ialah ketika semua umat Islam menyambut tahun baru dengan kesyukuran dan pertunjukan bunga api dan mercun, saudara seagama di Palestin pula terpaksa menyambut bedilan peluru dari rejim Israel laknatullah.

Serangan balas yang kononnya dibuat demi untuk menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat dilancarkan tanpa mengira jantina dan umur rakyat palestin. Sedang kanak-kanak seusia di Malaysia sibuk kesekolah , mereka pula bertempiaran lari menyelamatkan diri untuk memastikan tidak terkena bedilan roket dan meriam rejim. Seperti biasa juga kita akan mendengar alasan demi alasan, perbincangan demi perbincangan dan rundingan serta harapan yang kononnya dibuat untuk memastikan keselamatan rakyat Paklestin dan Israel. Pejuang Hamas yang menjaga keselamatan dan kedaulatan tanahair dicap sebagai pengganas dan penyebab kepada kesengsaraan rakyat . Kezaliman yang tidak sepatutnya dilakukan dibenarkan atas nama keamanan dan keadilan.

Lebih malang lagi apabila gabungan Negara Islam yang dikenali sebagai OIC dan pertubuhan dunia yang dikenali sebagai PBB juga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kutukan demi kutukan sahaja yang dibuat dan tentunya kutukan tidak akan dapat menghentikan bedilan roket dan meriam tanpa adanya tindakan konkrit yang dilaksanakan. Akhirnya cuma apabila rejim Israel telah puas membedil bumi Palestin barulah tragedi tersebut akan berakhir dan timbulah pula bermacam wajah yang kononnya menjadi hero dalam usaha menghentikan tragedi tersebut.

Inilah akibatnya apabila Negara yang dibina tidak mempunyai kedaulatannya sendiri. Negara yang terbina hanyalah ihsan daripada orang lain yang memungkinkan rakayat Palestin memerintah sedikit di Tebing Gaza tersebut. Alhamdulillah perkara yang sama tidak terjadi dibumi bertuah Malaysia ini. Walaupun ada beberapa cubaan untuk mengugat tetapi kerana kekuatan yang ada pada kerajaan hari ini masih lagi dapat dipertahankan kedaulatan tersebut. Sempena Tahun Baru HIjra dan Masihi ini marilahkita sama-sama berdoa agar penderitaan saudara-saudara seagama kita di mana-mana sahaja di dunia akan terbela dan dilindungi oleh Allah swt hendaknya. Dan sebagai pembela AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU di Malaysia ini marilah kita memastikan UMNO terus mara, untuk rakyat Malaysia…

1 ulasan:

  1. apa yang kita boleh lakukan hanya berdoa.... selemah - lemah iman memandang penuh kebencian atas perbuatan rejim israil.Melayu perlu sedar keamanan hanya dikecapi selagi UMNO berkuasa.Marilah bangsa melayu kita bersatu dalam UMNO. Tiada bangsa lain semulia bangsa melayu di bumi melaysia ini.jangan pertikaikan hak orang melayu.jadilah bangsa melayu yang bermaruah.setidak tidaknya bencilah golongan melayu yang mepertikaikan hak orang melayu serta bersekongkol dengan bangsa bangsa yang memperjuangkan hak keseramarataan.

    BalasPadam