Alhamdulillah pada hari khamis malam jumaat ( 15hb januari 2009) yang lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Peti Undi Bandar Chenor ( Cawangan Chenor, RPSB II dan Kg Pemulihan banjir Chenor) telah selamat mengadakan majlis memasak bubur asyura sebanyak tiga kawah. Program tersebut berterusan pad keesokan harinya dengan pengagihan bubur asyura tersebut di Masjid Jamek Chenor. Melihat kepada sambutan pemuda dan juga masyarakat kampung membuatkan pihak pemuda bercadang untuk meneruskan lagi program sebegini pada masa akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tukang Masak Pakcik Raja sekeluarga , Ketua-ketua UMNO Cawangan yang memberi sokongan dan galakan kepada kami dalam program tersebut. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang yang ikhlas sehingga membawa kepada kejayaan majlis tersebut.
Majlis yang tidak memerlukan bajet yang besar ini lebih bermanfaat dan sesuai bagi mengumpulkan semula ahli pemuda dalam kegiatan sosial dan masyarakat. Ini perlu kerana kelihatan sekarang ini ramai pemuda seolah hilang punca dengan penglibatan dalam kegiatan UMNO. Tidak ramai lagi yang ingin atau memikirkan tentang hidup dan matinya UMNO sebaliknya UMNO cuma menjadi perkataan yang disebut untuk mendapatkan bantuan kerajaan semata-mata. Amat malang apabila parti yang begitu berjasa dan keramat ini hilang punca dan gagal menjelaskan kepada golongan muda tentang erti kewujudan UMNO itu sendiri. Sebenarnya UMNO adalah segala-dalanya bagi orang Melayu di Malaysia ini. Hidup dan matinya orang Melayu ( ISLAM ) adalah dengan perjuangan yang dibentuk oleh UMNO yang sehinggaa ke hari ini belum ada parti yang sebegitu jelas kewujudannya untuk memastikan MELAYU dan ISLAM masih berkuasa di Malaysia ini.
Parti keramat UMNO ini sebenarnya telah berjuang dalam segala bidang bagi orang melayu tidak kira dari segi Agama, bangsa , bahasa, hak istimewa, golongan nelayan, golongan petani, menganjurkan seminar, Forum, ceramah, sukan dan sebut apa sahaja yang tidak pernah dianjurkan oleh UMNO. Semuanya telah dianjurkan oleh UMNO yang selaras asas penubuhan dan perlembagaannya
Jadi sebenarnya tidak perlu kita menyempitkan UMNO itu untuk hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya semata-mata. Tetapi sebenarnya UMNO boleh dijadikan platform untuk melaksanakan apa sahaja sehinggalah hal yang sekecil membuat bubur asyura sebagai mengingati dan mengambil pengajaran sempena peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam sempena bulan Muharam ini. Tahniah kepada Pergerakan Pemuda Peti Undi Chenor Bandar dan terima kasih atas kerjasama semua. Semoga perjuangan ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah sentiasa.

tahniah......
BalasPadamprogram2 kecil juga perlu dilakukan dan tidak semestinya mengadakan karnival ataupun program yang besar untuk berjumpa dengan ahli akar umbi...kekuatan akar umbi perlu kuat untuk memastikan kekuatan UMNO kelak...tingkat usaha supaya PPU MARAN lebih mantap..