Khamis, 29 Januari 2009

Terlajak Perahu

Saya merasa agak terkejut dengan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin , Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku ismail yang secara sewenangnya menuduh sayap Puteri dan Biro Putera sebagai penyebab kepada politik wang yang berlaku sekarang ini. Ini adalah satu kenyataan ekstrem yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin veteran yang berpengalaman luas dalam hal ehwal parti. Lagi pun tugas sebagai seorang Pengerusi Lembaga Disiplin bukan sahaja bertujuan untuk menentukan salah atau betul tetapi membantu MT memastikan keadilan dapat ditegakkkan dan imej UMNO dapat dibersihkan dari pandangan buruk masyarakat.

Sebagai seorang pengerusi lembaga disiplin juga kenyataan tersebut seolah-olah melepaskan geram pada tempat yang salah kerana dalam keadaan imej UMNO kini tidak sepatutnya beliau emosional dalam memberikan pandangan. Apalah salahnya orang muda mengikuti politik dari usia muda kerana cabang politik ini juga merupakan salah satu cabang yang penting dalam ajaran Islam. Kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu berpolitiklah membolehkan tanah Melayu merdeka dan seterusnya terbentuknya Negara Malaysia. Tun Razak juga mampu menangani masalah yang berlaku pada tahun 1969 dengan baik kerana pengalamannya yang luas dalam bidang politik sejak dari peringkat usia muda lagi. Pendedahan awal akan membantu pemimpin masa depan erti politik sebenarnya. Ini akan membantu melahirkan kepimpinan baru yang dinamik dan berwawasan dalam memastikan negara sentiasa memiliki kepimpinan terbaik untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.

Sebagai pemimpin senior dan veteran sepatutnya pemimpin lama dalam UMNO seperti beliau mencari jalan bagaimana untuk merapatkan golongan muda dengan aspirasi parti dan bukannya mencari publisti murahan dengan kenyataan sedemikian yang juga akan menyebabkab parti sendiri menerima akibatnya. Apakah perasaan ahli-ahli Puteri dan Putera yang sejak penubuhan mereka tidak putus-putus memberikan khidmat bakti kepada parti. Tidakkah mereka ini akan rasa dikhianati dan tidak dihargai oleh pucuk pimipinan dan seterusnya menyebabkan mereka akan jauh hati dengan UMNO. Apatah lagi untuk menghapuskan sayap Pemuda Dan Wanita yang sejak dari penubuhan UMNO lagi menjadi platform kepada pemimpin pelapis UMNO dan juga menjadi golongan pendesak dan penegur kepada kesilapan kerajaan dikuasai oleh UMNO/BN.

Dengan pendapat dan pandangan sedemikian saya fikir tidak lagi sesuai Tan Sri tengku Ahmad Rithauddeen memegang jawatan Pengerusi Lembaga Disiplin kerana sikapnya yang berperasangka buruk yang boleh mempengaruhinya dalam membuat penghakiman. Jika beliau benar-benar ikhlas dan sayangkan UMNO maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua sayap atas keterlanjuran beliau itu. Ingatlah, terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata buruk padahnya….

14 ulasan:

  1. dari situ dapat lihat bahawa perbezaan pendapat berdasarkan perbezaan usia. Tengku Ahmad Rithauddeen mewakili permikiran pada zaman beliau dan beliau tidak berubah mengikut perkembangan masa - beliau tidak releven pada masa ini. yang lebih kecewa adalah beliau bukan mengubati dimana dahan yang rosak tetapi beliau memotong dimana tunas yang akan tumbuh. cara beliau ingin menyelesai masalah sangat tidak wajar dan pendapat yang dikeluarkan beliau sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin sangat mengecewakan. Saya rasa beliau jangan bercakap apa-apa mengenai parti selain jalankan tugas lembaga disiplin dgn lebih baik. cadangan beliau tidak mengembangkan minda melayu UMNO.

    BalasPadam
  2. .



    Saudara Amin,

    Bagi saya, apa yang dikatakan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen hanyalah satu provokasi yang sengaja diwujudkan bagi melihat pandangan umum. Sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin, beliau seolah "penat" dengan tugasannya kerana pelbagai tekanan terutama dalam aspek kesalahan politik wang. Oleh itu, beliau mewujudkan polemik supaya semua pihak merenung kembali matlamat perjuangan UMNO.

    Bagi saya, ada betulnya orang muda (remaja) perlu lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran berbanding politik. Jangan kerana melihat kemewahan dan kedudukan dalam politik, pelajaran yang lebih utama, diketepikan.

    Kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen juga sebenarnya manifestasi kepada kenyataan pemimpin lain sebelum ini. UMNO PERLU BERUBAH. Ini mungkin satu lagi contoh perubahan luaran yang beliau cadangkan. Sekali lagi, ini hanya cadangan... bukan satu keputusan lagi.

    Motto Perjuangan Untuk Orang Melayu perlulah diteruskan. Jangan berjuang hanya untuk pewakilan.

    Pagi ini saya menerima satu aduan berkaitan nasib pekerja yang ditindas. Mereka cuba membawa perkara ini ke Jabatan Tenaga Kerja. Namun, kerana mereka adalah pemuda, walaupun bukan ahli UMNO, saya cuba dapatkan pembelaan melalui Pemuda UMNO Maran terlebih dahulu. Ini kerana majikan mereka pun orang Melayu. Biarlah diselesai secara aman.

    Saya cuba dapatkan hubungan komunikasi dengan mana-mana pegawai bertanggungjawab, namun masih gagal. Terima kasih atas balasan SMS dari Ketua Pemuda UMNO Maran dan Naib Ketua Pemuda UMNO Maran.

    Mungkin sampai masa kita bertindak seperti Biro Pengaduan MCA yang amat peka atau seperti kes A.Kugan yang kecoh. Nasib kaum kita perlulah dibela.

    UMNO PERLU BERUBAH - Bukan UMNO, tetapi pemimpin dan ahlinya.

    Salam hormat,
    01x 9xxxxx1



    .

    BalasPadam
  3. Teruskan perjuangan dan rapatkan barisan

    BalasPadam
  4. salam dari Budak Cenor (BC)...,

    kalau tak ada yang muda pastinya tak ada yang tua...

    MUKTAMAD! sayap umno terdiri daripada pemuda, wanita dan puteri tetap relevan sampai bila2. itu adalah fakta yang tentunya disokong oleh setiap ahli sayap2 berkenaan walaupun BC sendiri bukan lah ahli sayap yang aktif. cukup lah BC sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi tidak lah sampai menjadi ahli politik.
    TAK CUKUP DUIT NAK BERPOLITIK. lagipun duduk di ceruk kampung ni sape sangat lah yang nak menyokong BC.

    berbalik kpd isu di atas, pada pandangan BC sayap pemuda dan puteri perlu di pertahankan kerana dengan ini saja lah modal umno untuk menarik golongan muda menyertai, menghayati dan mempertahankan perjuangan umno khususnya didalam mengembalikan maruah umno/bn yang telah hancur musnah pada p/raya umum ke 12 lalu dan 2 p/raya kecil. ini adalah sebagai persediaan menghadapi p/raya umum yang ke 13 nanti atau mana2 p/raya kecil jika diadakan.
    menurut kata kawan2 BC juga sayap2 ini lah yang banyak menyumbang pada setiap p/raya, pemuda dengan gerak gempurnya, wanita dengan K10 nya, puteri dengan apa? BC kurang jelas tentang peranan puteri sebenar (mungkin urusan IT dan semakan daftar pemilih kot?. dan ada yang berpendapat laporan K10 wanita adalah lebih tepat berbanding laporan lain2 agensi yang pastinya semua ahli politik umno lebih maklum.

    adalah tidak masuk akal dengan penghapusan sayap2 di dalam umno akan dapat menghapuskan rasuah politik dalam umno.

    apa yang mesti kita hapuskan adalah perasuah-perasuah di dalam umno bukan menghapuskan sayap2 yang ada. burung tak ada sayap nak terbang macam mana?

    kepada ahli2 politik umno yang membaca komen BC ini cukup-cukup lah menjadi perasuah dalam umno. cukup-cukup lah menjadi pelacur dalam umno. janganlah sampai menjadi polong tak bertuan..... yang dah lepas tu lepas lah. CUKUP LAH!!!

    mana2 yang dah menang pada pemilihan peringkat bahagian tu... jalankan lah amanah dan kepercayaan yang diharapkan perwakilan2 yang mengundi.

    saudara amin, BC harap saudara peringatkan lah kepada jawatankuasa saudara... jangan perlekehkan kepercayaan ahli2 di peringkat bawahan. BC yakin saudara mampu menjadi pemimpin besar suatu hari nanti. mulai sekarang corakkan lah dan imejkan lah diri saudara sebagai seorang pemimpin yang baik dan bersih kerana perjalanan politik saudara masih jauh dan banyak duri ranjau yang perlu ditempuhi. saudara perlu bijak untuk menepisnya.
    kalau kemuncup tu perlu dicabut dengan tangan jangan pula saudara kikis dengan pisau untuk cepat tanggal kerana kadang2 ada sisa halus dan tajam yang tertinggal yang membuatkan kita rasa tidak selesa... renung2kan...
    sekadar pandangan dan ingatan dari BC di ceruk kampung...

    ikhlas,
    Budak Cenor

    BalasPadam
  5. .


    Salam buat Amin

    Nampaknya masih ramai yang sebenarnya sayangkan parti UMNO. Sebagai orang penting dalam Pemuda UMNO Maran, diharap saudara memastikan mereka benar-benar memperjuangkan nasib orang melayu di Maran. Sama ada mereka menang JK kerana rasuah atau menang kerana kredibiliti mereka, sampai masa berubah demi bangsa kita.

    Saya masih ingat, ketika ditanya apa manifesto Pemimpin Pemuda Maran ketika pemilihan dahulu, ada yang tiada manifesto. Cuma berjanji akan merapatkan hubungan semua ahli Pemuda Maran selepas pemilihan. Adakah ia berlaku?

    Secara peribadi, masih ada jurang antara ahli terutama yang berada dalam "perahu" yang berbeza. Masih enggan bertegur sapa, aktiviti yang tidak dimaklumkan dan pelbagai lagi. Mungkin mereka merasakan mereka hanya pemimpin kepada perwakilan yang menyokong mereka sahaja. Inilah kualiti pemimpin bangsa kita yang kita ada...

    Kaedah kita memimpin perlulah diubah. Ahli-ahli yang "bijak" dan "cerdik" perlulah dimanfaatkan, bukannya dicantas. Saya lihat senario hari ini, pemimpin lebih suka memimpin "lembu yang dicucuk hidung". Natijahnya, ahli yang benar-benar mahukan kepimpinan berkualiti, disambar parti lain.

    Saudara Amin masih boleh berperanan membetulkan apa yang tidak kena sebelum terlewat. Jangan tunggu hingga tiada yang ingin menegur, tetapi hanya berdiam diri melihat kemusnahan UMNO.

    Untuk posting akan datang, saya mencadangkan Saudara Amin menulis tentang politik setempat, yang lebih dekat dengan jiwa kami. Apa program Pemuda Maran, isu di Maran dan seumpamanya. Bagi saya, itu sahaja bagi kami untuk mengetahui aktiviti Pemuda Maran (jika ada) kerana selain medium ini, kami yang berada di akar umbi tidak akan dapat makluman apa-apa, walaupun aktiviti tersebut akan dilaksanakan ditempat kami.

    Tajuk posting "terlajak perahu" lebih sesuai menggambarkan senario politik Pemuda Maran. Walaupun "perahu" berbeza, kita tetap ahli parti yang sama. Siasatlah kenapa ada yang menaiki "perahu" yang berbeza. Buktikan bahawa mereka yang silap menaiki "perahu" itu dengan kualiti yang kita ada. Setakat hari ini, saya masih belum menyesali tindakan saya "menaiki perahu" yang saya lebih percaya keampuhannya. Saya cabar Pemimpin Pemuda Maran untuk buktikan bahawa saya silap. Ada yang berani sahut cabaran saya?

    Betulkan yang biasa, biasakan yang betul...

    Salam hormat
    rentaka @ 01x 9xxxxx1

    .

    BalasPadam
  6. Adat pertandingan ada menang dan kalah, tetapi pertandingan dalam umno hanyalah salah satu cara mencari kepimpinan yang terbaik... tanggungjawab menguruskan umno perlu ada pada setiap ahli parti dan tidak hanya dipertanggungjawabkan pada seseorang sahaja.. kumpulan yang menang perlu menjalankan tanggungjawabnya dan yang kalah juga ada tanggungjawabnya...jangan hanya pandai menuding jari pada satu pihak sahaja..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama,

    Mungkin ko cuba menutup kelemahan yg ada. Mencari kepimpinan terbaik? Kah kah kah... Ketawa besar rakyat membaca pembohongan tersebut. Pertandingan dalam Ameno adalah usaha untuk mencari siapa hulur lebih...

    Tanggungjawab? baca semula perlembagaan Ameno. Jgnlah jd pak turut membabi buta...

    Pemimpin sekadar mengharap projek yang akan menguntungkan peribadi. Tanpa projek, sangggup ker nak jadi pemimpin? Berapa ramai pemimpin Ameno sangggup jd pemimpin tanpa keuntungan peribadi?

    Dah lah... jgnlah nak backing tak tentu hala. ada org nak betulkan Ameno, ko pulak sanggup jd mcm ni.

    baca blog YB Kuala Sentul pasal kucing kurap. Aku setuju dgn YB Kuala Sentul pasal analoginya...

    Tanpa nama, ko tak yah pening2. kan Ameno suka sisihkn ahli yg org atas tak suka. tulkan?. apa lagi, sisih jer mereka yg suka kritik. tak pun pecat jer.

    dah lah... jgn bikin ribut. nanti serabut...

    p/s, YB Bota kata dia isi borang keluar Ameno. Ada ker? Pasal nak jugak tengok borang tu. Biasa dgr Ameno pecat ahli jer...

    AdaNamaTapiMalasNakBagitahu...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama,

    baca ni sikit...

    "Kami mendapat maklumat dalam pemilihan UMNO Bahagian Maran baru-baru ini memang banyak unsur rasuah yang perlu disiasat. Calon Ketua Pemuda UMNO bahagian itu yang tewas dikatakan telah berbelanja lebih RM130,000 untuk memancing undi. Kini beliau merana akibat kekalahan itu dan terus dipinggirkan. Bagi yang menang pula sebenarnya jumlahnya lebih besar lagi. Itu belum melibatkan pucuk tertinggi pimpinan UMNO bahagian ini. Rasuah yang paling besar berlaku apabila Mantan MB Selangor, Khir Toyo dipercayai menyogokkan sejumlah wang kepada perwakilan untuk mencalonkan namanya sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Kami difahamkan setiap perwakilan disuap sebanyak antara RM200-RM300."

    klik sini untuk baca lanjut...

    http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/terbongkar-isu-sprm-laporan-tentang.html

    AdaNamaTapiMalasNakBagitahu...

    BalasPadam
  9. .


    Cukup-cukuplah

    baca lanjut di http://rentaka.blogspot.com


    .

    BalasPadam
  10. salam....
    buat saudara rentaka, saya berpendapat anda adalah seorang yang tidak putus asa tapi ada sifat kecewa, kekecewaan anda menyebabkan anda rasa disisih dan malu untuk mendekati perahu yang menang....kalau anda terdiri daripada golongan yang cerdik pandai kenapa anda hanya pandai berkata-kata saja...tunjukkan bukti yang anda seorang terpelajar.

    dari apa yang dilihat sekarang kepimpinan bukan lagi dipandang dari segi wang ringgit seperti mana yang kita sedia maklum, tapi hubungan yang baik memainkan peranan yang penting dalam menentukan calon itu benar2 layak atau tidak.

    anda tidak perlu lagi mengungkit perkara yang lepas, hanya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar..kuatkan barisan teruskan perjuangan ...

    BalasPadam
  11. .

    Salam Apache & cucutokgajah,

    Putus asa? belum lagi.
    Kecewa? banyak. sebab? pelbagai.
    Hubungan baik? ya, betul, perlu wujud.
    Hipokrit dalam perhubungan? perlu dijauhi.
    Mengungkit? bukan sekali.
    Mengingatkan? itu lebih tepat.

    Pemimpin? cukuplah sekadar membantu masyarakat setempat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa. Menyedari kelemahan diri dan belum layak ke tahap lebih tinggi.

    bukan terpelajar...
    rentaka.blogspot.com

    .

    BalasPadam
  12. salam semua dari Budak Cenor....

    alhamdulillah nampaknya blog saudara amin ni dah semakin aktif dan dah ada beberapa follower yang boleh dikira tetap untuk bersama-sama berkongsi pendapat, pandangan dan pendirian. ini lah kematangan kita berpolitik bersedia menerima sebarang kritikan, teguran, sindiran mahupun kutukan. mana yang baik jadikan panduan dan yang tak baik sama-sama kita perbaikkan. sama-samalah kita fikir-fikirkan... bagi BC yang cetek ilmu politik ni terasa juga keseronokannya. dapat belajar dari yang pandai.

    BC pun setuju juga dgn cadangan Rentaka agar posting yang akan datang saudara amin lebih kepada skop politik setempat selain dari isu-isu global. mungkin itu lebih relevan kepada kita-kita ni.

    akibat terpaut dgn blog saudara ni, BC rasa minat pulak untuk mengetahui dgn lebih mendalam apa sebenarnya kemelut dalam politik setempat pada hari ini khususnya mengenai pemuda maran kerana saudara merupakan naib ketuanya.

    pada hujung minggu baru ni lepas penat balik menoreh BC pun keluar lah berjalan-jalan disekitar chenor dan kg awah lalu terserempaklah dgn beberapa kawan-kawan dan ada juga beberapa orang ahli politik diperingkat akar umbi termasuklah beberapa org kp cawangan.

    sembang-sembang berkisar daripada sebelum pemilihan, semasa pemilihan hinggalah kepada keadaan politik semasa pemuda maran. BC pun cuba juga lah provoke dan korek-korek cerita sesikit. jadi macam-macam ceritalah keluar. yang baik, yang buruk ada belaka. dan cerita-cerita dalam kain pemuda maranpun keluar lah juga. macam-macam bau ada... hapak, bacin, hanching, hanyir… busuknya tak usah kira lah. tapi yang wangipun ada juga… jgn cakap semuanya busuk.

    panjang ceritanya… 4-5 gelas teh tarik juga lah….
    insyaAllah kisah dalam kain pemuda maran akibat dari kain yang terselak dik kerana tiupan angin dan ternampak oleh BC bukan dengan niat nak skodeng atau mengintai, akan BC sambung ceritanya pada posting saudara amin yang lain agar sama-sama kita ketahui apakah cerita yang keluar dari mulut beberapa orang ahli politik akar umbi itu benar-benar berlaku dalam pemuda maran. BC berharap saudara amin boleh memberi penjelasan dan perbetulkan mana-mana yang salah. BC tak mahu mendengar dari sebelah pihak sahaja.

    BC nak gi mengangkat getah sekerap pulak ni…
    jadi ke by-election behrang dan changkat jering?


    wassalam,

    Budak Cenor

    - tahun 2009 merupakan tahun kejayaan bagi sesiapa yang ada kaitan dengan nama Hussein. Buktinya: Barrack Hussein Obama jadi Presiden US dan Meet Uncle Hussein menang juara lagu tv3. Hishamuddin Tun Hussein camne pulak?

    BalasPadam