Salam sejahtera kepada semua. Nampaknya sudah ditakdirkan bahawa setelah 50 tahun merdeka nampaknya kesedaran berpolitik mula menjelma kembali setelah selama hampir dua dekad rakyat membiarkan segala permasalahan politik dan kepimpinan diselesaikan oleh orang poltik samada dari parti Barisan ataupun pembangkang seperti PAS, DAP, PKR atau sekarang ni gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat. Alhamdulillah kerana kesedaran berpolitik yang tinggi dikalangan orang Melayu.
Sejak dahulu dari permulaan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan kemudiaannya kemerdekaan sememangnya kemahiran orang Melayu berpolitik amat bijak dan diakui semuanya. Kemenangan mendapatkan kemerdekaan merupakan hasil seni orang melayu yang mampu mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah pun. Jiwa kemelayuan dan keislaman jelas terpancar apabila orang melayu dengan rela hati dan rendah diri menerima orang Cina dan India untuk bersama menjadi rakyat di bumi bertuah ini. Sejak itu perjuangan UMNO berterusan membangunkan negara bersama rakan komponen demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Walaupun tidak kesemuanya indah dan terdapat juga cacat cela dibeberapa bahagian tetapi tiada siapa yang boleh menuding jari bahawa UMNO gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dari semasa ke semasa.
Sebagai pewaris kepimpinan dan terlibat secara langsung dalam paksi perjuangan UMNO yang setelah saya kaji dan selidiki bahawa inilah platform terbaik saya untuk membalas budi dan jasa kepimpinan terdahulu lakukan untuk anak bangsanya. Jelas bahawa semua keputusan yang dilaksanakan sekarang akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Sebagai contoh yang nyata dengan adanya penyata Razak dan juga biasiswa kepada anak melayu bumiputera suatu ketika dahulu menyebabkan sekarang ini sudah ramai cerdik pandai Melayu dan bumiputera dalam negara walaupun jumlahnya masih boleh dipertingkatkan.
Bukanlah niat saya untuk mengungkit jasa-jasa yang telah lepas kerana ada diantara jasa tersebut disulami oleh noda kepada rakyat. Namun tidak ada seorang pun pemimpin didalam dunia ini yang sempurna waima seorang yang bergelar ulamak sekalipun. Oleh yang demikian saya juga yakin bahawa diri saya sendiri sememangnya tidak akan sempurna dan dari semasa ke semasa akan sentiasa melakukan silap dan salah. Tetapi menginsafi bahawa saya juga telah dipertanggungjawabkan sebagai salah seorang pemimpin kecil dibahagian saya akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan tersebut.
Selepas dari pilihanraya 2008 yang begitu mencabar kepada UMNO diikuti pula oleh pemilihan parti yang berlangsung diperingkat cawangan dan bahagian ( Pusat akan bersidang mulai 24hb Mac 2009 ) banyak komen dan saranan yang diterima oleh UMNO dari rakyat dan juga ahlinya. Ada yang memberi cadangan, saranan, nasihat dan tidak kurang juga yang mencemuh, memaki, menghina, menyindir dan menuduh kepada parti UMNO tentang pelbagai perkara. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin UMNO itu sendiri termasuk yang ada diperingkat cawangaan dan, bahagian dan Pusat termasuk para menteri. Cerita dibahagian dan cawangan sahaja boleh mencecah masa yang panjang sehingga boleh habis sekotak rokok kalau dikedai kopi. Gelas yang bersusun menunjukkan sudah beberapa gelas air yang diminum dan selagi pencerita belum menamatkan hikayatnya meja akan penuh dengan pendengar setianya
Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Maran sendiri sebelum dari persidangan di cawangan sendiri sudah mula ada cerita tersendiri mengenai pertandingan tersbut tetapi akhirnya lain pula yang jadi. Dalam tempoh berkempen macam-macam cerita yang keluar dan saya percaya sehingga sampai bila-bila pun bermacam cerita akan sampai ke peringkat akar umbi pemuda UMNO cawangan di Maran. Namun apa yang pasti setelah tiga kali mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tetap komited untuk memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya.
Untuk itu , sememangnya pihak PPU Maran memerlukan semua kerjasama dari semua pihak tidak mengira siapa asalkan ikhlas memastikan Parti UMNO ini terus berada dilandasan untuk membela agama dan bangsa. Tidak ada istimewanya Khairul Amin bin Osman, tidak ada istimewanya Mohd Najuib Bin Hj Mohd Shahaimi, tidak ada istimewanya rakan AJK PPU Maran yang lain melainkan semuanya perlukan kerjasama dan bantuan dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Untuk peringkat yang pertama ini pihak PPU akan berusaha untuk memastikan semua hubungan dengan PPU dicawangan dijalinkan dengan baik untuk memastikan akar umbi pemuda benar-benar dapat bergerak dan berfungsi dengan baik. Marilah kita sama-sama dalam usaha untuk memastikan perjuangan untuk agama dan bangsa yang diasaskan oleh Nenek moyang kita ini akan terus relevan di bumi bertuah ini...Insyaallah...

.
BalasPadamSalam Apache,
Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Ibarat cerita "gembala tua dan anaknya bersama seekor keldai".
Namun, jika PPU Maran telah berusaha untuk memberi yang terbaik, ahlinya patut berterima kasih dengan cara memberi sokongan dan dorongan.
Sikap merendah diri, mendekati akar umbi, perlu sentiasa disemai dalam jiwa dan minda pendukung amanah semua.
Insya-Allah, selaku ahli PPU Maran, saya sentiasa menyokong sama ada dari dekat atau dari jauh perjuangan saudara. Mungkin ada kekangan yang tak dapat dielak untuk kita bersama secara realiti, tetapi dihati tetap bersama.
Syabas buat PPU Maran. Teruskan perjuangan. Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.
Salam hormat
rentaka.blogspot.com
.
salam.....
BalasPadamSaya berasa bangga kalau kita kembali semula mengenang sejarah tanah air kita.
terukan perjuangan wahai sahabat.
Memang dalam kehidupan ini terdapat kelpebagaian dan kita harus memilih diantaranya. Perbezaan pendapat bukanlah satu kesalahan ianya adalah asa kepada keputusan pemilihan terbaik. Justru, pertimbangannya haruslah dengan menilai diantara perbezaan dan persamaan. Dalam kemelut politik malaysia sekarang ini, timbangkan kepentingan dan persamaan; agama dan bangsa. Bukankah ada persamaan antara UMNO dengan PAS? Tunggu posting terbaru saya nanti di: bERANIKAN hATI
BalasPadamSalam daripada Budak Cenor…
BalasPadamBC tertarik dengan kata-kata seorang sahabat BC “ahli politik ibarat coca cola dan pepsi cola. Nama lain-lain, Tin lain-lain, warna sama. Bila digoncang bersembur buih”
Bc juga bersetuju dengan saudara amin bahawa umno adalah merupakan parti yang memperjuangkan nasib bangsa melayu. Tapi itu dulu… Matlamat perjuangan pada waktu itu adalah untuk menuntut kemerdekaan. Dan dengan berkat perjuangan tersebut maka jadilah tanah melayu sebagai Negara yang merdeka. Berkorban harta dan nyawa. Tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan wang ringgit, harta benda atau projek berjuta. Perkataan politik wang pun tak pernah terlintas di benak fikiran pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang pada waktu itu. Tapi itu dulu…
Namun segalanya berubah… apakah matlamat sebenar perjuangan ahli-ahli politik umno pada masa ini?
Apa matlamat sebenar perjuangan umno, mca, mic, gerakan, ppp, pas, pkr, dap
Bagaimana kalau mca, gerakan dan dap bersatu menuntut agar hak-hak keistimewaan melayu dihapuskan?
Bagaimana kalau mic, ppp dan ipf juga bersatu?
Mampukah umno dan pas turut bersatu mempertahankan hak-hak orang melayu?
Mungkinkah pkr juga akan menjadi parti anti melayu tanpa anwar ibrahim?
Sesungguhnya tidak ada yang mustahil…
Sama-sama kita fakir-fikirkan dan renung-renungkan….
Belum masuk bab ekonomi bumiputera. Apa perancangan saudara amin di dalam usaha untuk memantapkan ekonomi setiap ahli-ahli pemuda maran? Jangan setakat memikir dan merancang. Lakukan!! Demi maruah bangsa melayu. Pimpinan pemuda kali ini biarlah kota apa yang dikata. Jangan jadi macam kepimpinan lepas. Tak payah lah nak berparang-parang…. Kolot sangat pemikiran. Sesekali bacalah majalah Time ke Newsweek ke untuk menambahkan ilmu. Tetapi Al-Quran dan Hadis tetap diamalkan.
Biar ada perubahan kali ini…
…ada banyak lagi yang nak disampaikan tapi BC nak gi beli sayur dulu
Wassalam,
Budak Cenor
-apa tindakan pemuda maran bila Herald Catholic diterbitkan dalam bahasa melayu dengan menggunakan nama Allah
Jelas pendirian kerajaan yang didokongi umno sememangnya telah menentang penggunaan nama Allah..memang pasti pemuda maran tetap bersama...bukan seperti pembangkang yang cuba menangguk diair keruh yang menyokong penggunaan tersebut sebagai usaha memancing undi.. Tak kira dimana dan sampai bila ,politik tetap merupakan cabang pentadbiran penting dalam menegakkan AGAMA.. Rasulullah sendiri seorang ahli poltik dan menubuhkan kerajaan Islam Madinah untuk menegakkan AGAMA ISLAM.. jadi jangan dikutuk bidang politik dengan kekejian kerana seekor dua kerbau yang membawa lumpur dan bukan dalam politik sahaja malahan jika kesalahan dalam bidang lain seperti berniaga pun tetap hina dan berdosa...terima kasih
BalasPadam