Khamis, 5 Februari 2009

ALFATIHAH

Malam tadi ( 5hb Feb 2009, 12.30am ) saya dimaklumkan dengan pemergian seorang sahabat yang juga seorang senior dalam UMNO iaitu Abdul Kadir Bin Jusoh atau lebih glamor dengan panggilan Pak Itam Kadir. Allahyarham dikenali dengan seorang yang lemah lembut dan mudah mesra serta amat tegas dalam perjuangan membela Agama dan Bangsa.. Beliau yang ketika menghembuskan nafas yang terakhir merupakan PemeriksaKira-kira UMNO Bahagian Maran bagi penggal yang kedua. Sememangnya ketegasan beliau dalam memastikan perjalanan kewangan UMNO Bahagian, Pemuda, wanita dan Puteri merupakan aset yang berharga kepada UMNO Bahagian Maran. Saya secara peribadi mengucapkan tahziah kepada Keluarga beliau, semoga tabah dan sama-samalah kita berdoa semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman...

3 ulasan:

  1. salam
    mari tukar link orang pahang

    BalasPadam
  2. .

    Semoga rohnya dicucuri rahmat...

    Al Fatihah (terjemahan)
    [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
    [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
    [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    Amin...

    rentaka.blogspot.com

    .

    BalasPadam
  3. salam dari Budak Cenor...

    Alfatihah buat Allahyarham dan moga saudara amin dapat menyampaikan ucapan salam takziah BC kepada ahli keluarga Allahyarham.

    Alfatihah...

    بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

    الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ. مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

    Amin.

    sekadar renungan dan ingat-memperingati sesama kita pada pagi jumaat yang mulia ini dan semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya di dalam kita saling sampai menyampaikan perkara-perkara yang baik sesama umat. insyaAllah...

    SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

    Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga perkaral iaitu;
    1. Keluarga
    2. Hartanya
    3. Amalnya

    Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
    1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
    2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

    Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
    Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
    - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu?
    - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu?
    - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu?
    - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."?

    Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
    - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah?
    - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara?
    - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa?
    - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"?

    Ketika Mayat Siap Dikafan ...
    Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
    - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Redha
    - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
    - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
    - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
    - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

    Ketika MayatDiusung. ...
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
    - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
    - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
    - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

    Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
    Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
    - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
    - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
    - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

    Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....
    Terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
    - Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini?

    Wahai Fulan Anak Si Fulan...
    - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
    - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
    - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

    Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .
    Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
    Kini Kau Tinggal Seorang Diri
    Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
    Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
    Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
    Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
    Hari Ini,....
    Akan Kutunjukan Kepadamu
    Kasih Sayang-Ku
    Yang Akan Takjub Seisi Alam
    Aku Akan Menyayangimu
    Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

    Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
    "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

    --------------

    Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
    1. Para Nabi
    2 Para Ahli Jihad
    3. Para Alim Ulama
    4. Para Syuhada
    5. Para Penghafal Al Quran

    6. Imam atau Pemimpin yang Adil

    7. Tukang Azan
    8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
    9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
    10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
    itu dari kalangan orang yang beriman.


    wassalam,

    Budak Cenor

    -sudahkah kita bersedia untuk menghadapi sakratul maut?...

    BalasPadam