Selasa, 17 Februari 2009

Kaedah terbaik..

Melihat kepada perkembangan semasa politik hari ini menjadikan saya agak kurang berminat untuk menyentuh secara terus melalui blog ini ( Insyaallah dalam posting seterusnya akan saya ulas juga ) . Apatah lagi apabila terdapat beberapa rakan yang mohon supaya saya memberikan penumpuan yang lebih kepada isu politik tempatan terutamanya di Maran. Oleh yang demikian dalam beberapa posting sebelum ini saya post kan beberapa gambar yang saya ambil semasa menghadiri beberapa program yang saya sertai sepanjang dua minggu di bulan februari ini. Saya masih lagi memikirkan kaedah terbaik untuk saya menyampaikan jemputan program kepada pemuda diperingkat akar umbi kerana terdapat beberapa rungutan dari akar umbi bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang program yang akan dijalankan.

Buat masa ini cara yang terbaik yang saya fikirkan ialah dengan cara sms dan juga hebahan didalam beberapa blog pemuda umno yang ada seperti pemudaluit.blogspot.com dan juga blog biro keahlian, cawangan dan daftar pemilih Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Maran. Namun masalah ahli tidak mengetahui program masih berlaku. Dalam kegawatan ekonomi ketika ini yang memerlukan perbelanjaan secara berhemat, maka saya tidak begitu berminat untuk melakukan promosi berbentuk banner dan juga iklan suratkhabar yang memelukan kos. Ketika ini saya cuma mempunyai maklumat nombor telefon ketua Pemuda dan juga dua perwakilan PPU Bahagian Maran pada 2008. Saya juga berharap jika dalam tahun ini saya dapat mengumpul lebih banyak nombor telefon ahli pemuda maran supaya saya dapat menghantar sms lebih kerap kepada semua orang supaya hubungan dan juga makluman akan sentiasa yang terkini.

Oleh yang demikian peranan Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam memaklumkan program kepada ahli-ahli juga amat penting kerana jika ahli akar umbi gagal mengetahui program yang dilaksanakan maka yang akan menjadi mangsa ialah nama UMNO itu sendiri. Ahli akan mengatakan UMNO tidak menjalankan program sedang yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat juga tidak mengetahui program dan juga majlis yang dilaksanakan oleh UMNO. Oleh itu saya menyeru semua ahli yang mengetahui program yang dijalankan memberitahu rakan masing-masing supaya program yang dijalankan oleh UMNO akan disertai oleh semua golongan...Insyaallah.

3 ulasan:

  1. Monday, February 16, 2009
    LOGO GABUNGAN SUARA ANAK PAHANG
    Saudara Para Blogger Negeri Pahang,

    Kebelakangan terdapat begitu ramai para blogger dari berbagai kategori dan antaranya sudah terkenal diperingkat nasional manakala ada yang baru mula bertapak. Memang sukar untuk mengenali sama ada mereka itu anak pahang atau bukan melalui tulisan-tulisan mereka, oleh yang demikian sebagai tanda pengenalah, kami sangat-sangat berharap agar sudi tuan/puan, sdr/sdri meletakkan logo Gabungan Suara Anak Pahang pada blog tuan/puan, sdr/sdri sebagai tanda pengenalan.

    Logo Gabungan Suara Anak Pahang boleh di Copy n Paste dari sebelah kanan atasa blog ini.

    Terima kasih,

    GaSAP

    BalasPadam
  2. ketua pemuda cawangan harus dipertanggungjawapkan dalam permasalahan tersebut. untuk menghebahkan program harus diletakkan dibawah tangungjawap ketua pemuda cawangan.perlu ada sedikit penerangan dan penjelasan untuk ketua2 pemuda cawangan akan tugas tersebut.

    BalasPadam
  3. HAMBA MENYOKONG APA YG SAUDARA JAI USULKAN KERANA KP CWGN SEHARUSNYA DIBERI INFO DAN BERTANGGUNGJAWAP MENYAMPAIKAN INFO YG DITERIMANYA DARI PIHAK BHGN,JADI SEHARUSNYALAH KP CWGN DIBERI PENEKANAN DAN CARA YG TERBAIK DR BHGN BG SAMPAINYA MAKLUMAT KEPADA AHLI...544

    BalasPadam