Alhamdulillah , syukur kepada Allah SWT kerana permohonan keluarga sahabat saya untuk mendapatkan bantuan OKU sakit terlantar telah pun diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Maran baru-baru ini. Saya mendapat makluman tersebut dari pegawai JKM Maran yang datang kepejabat saya semalam ( 18/2/2009 ). Terima kasih atas keperihatinan JKM dalam menyelesaikan kes terbabit. Terima kasih juga atas keprihatinan kepimpinan Pemuda UMNO Zon Chenor dalam menangani isu ini. Semoga ianya menjadi semangat kepada seluruh warga Pemuda UMNO Maran untuk memastikan kebajikan ahli dan rakyat di Maran ini sentiasa mendapat perhatian dari Pemuda UMNO. Kepada sahabat saya di RPSB Bukit Kening saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan selalu dan semoga tabah dalam menghadapi cabaran mendatang.
tahniah
BalasPadamtahniah saudara...
BalasPadamteruskan usaha untuk memantapkan lagi pemuda maran
salam..tahniah bos berkat usaha bos tu,dapat lah insan2 ini merasa masih ada yang ingin membantu..
BalasPadamTAHNIAH! buat saudara amin di atas usaha murni saudara di dalam memperjuangkan nasib insan-insan yang sangat-sangat memerlukan perhatian dan bantuan daripada pihak yang sepatutnya membantu.
BalasPadamkepada semua AJK-AJK PEMUDA MARAN harap contohi apa yang telah dilakukan oleh NK saudara2. jangan jadi kaki ampu dan kaki tidurrrrr je....
pemuda-pemuda umno bhg maran WAJIB memberikan sokongan kepada saudara amin. memang sewajarnya lah saudara amin diangkat menjadi ketua pemuda umno maran untuk penggal akan datang. setiap ahli-ahli dan perwakilan pemuda umno maran harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk saudara amin bagi pemilihan kepimpinan pemuda umno penggal depan walau apa pun yang terjadi. ahli-ahli dan perwakilan-perwakilan pemuda jangan sekali-kali terpengaruh dengan sebarang kata-kata atau janji-janji palsu mana-mana individu yang berhasrat untuk menandingi saudara amin. fakta ini bukan lah bermaksud BC ni fanatik sangat dgn saudara amin. bukan atas dasar dan faktor saudara amin dapat membantu OKU sahaja tetapi di atas banyak faktor yang telah BC telek-telek dalam air pinang yang akan BC nyatakan sedikit... sedikit... sehinggalah menjelang musim pemilihan yang akan datang. jika diizinkan Allah s.w.t. BC pun semakin hari semakin berminat dgn dunia politik pemuda maran. moh kita sama-sama rancakkan...
dan saudara amin pula kelak jangan sekali-kali lupa langit mana yang dijunjung atau bumi mana yang dipijak, bila kuasa dalam genggaman. teruskan segala usaha saudara di dalam membela nasib anak bangsa kita. anda mampu mengubahnya...
kalau melihat kepada mantan kp dan kp yang baru menang, semuanya lupakan langit dan bumi.... bila dah berkuasa gitu lah... segala amanah dan janji-janji terus-terusan dilacurkan tanpa simpati...
-------------------------------------------
sekadar renungan buat pemimpin dan bakal-bakal pemimpin atau sesiapa saja yang berhasrat untuk menjadi pemimpin masyarakat, semoga kita mendapat manfaat darinya:-
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." *1
Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."
---------------------------------------
Huraian :
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuhnya. Abu Zar adalah seorang sahabi yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabah layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.
Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.
Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.
Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya.
Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.
ikhlas,
Budak Cenor