Rabu, 25 Februari 2009

Teruskan Perjuangan

Sudah agak lama saya tidak menyentuh isu-isu politik tanah aiar tetapi beberapa posting yang lepas Cuma menyentuh isu-isu tempatan sebagai menyahut seruan beberapa rakan dalam komen-komen yang diberikan. Terima kasih kepada beberapa rakan yang turut menjayakan beberapa program Pemuda yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semuanya. Sememangnya inilah kepimpinan UMNO yang dimahukan oleh rakyat dan bukannya semata-mata pemimpin yang hanya bertindak untuk kepentingan diri sendiri.

Menyentuh beberapa isu yang ketika ini begitu hebat antaranya kes YB Eli yang menghadapi tekanan kerana gambarnya diedarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Campuran di Perak tumbang kerana YB melompat parti, Ketua Menteri Pulau Pinang gagal mencapai matlamat, Menteri Besar Selangor menghadapi masalah salah guna kuasa, ADUN PKR di Kedah letak jawatan kerana masalah moral dan lain-lain lagi menjadikan saya berfikir dengan mendalam apakah yang sebenarnya berlaku ketika ini. Saya yakin dan percaya bahawa Allah SWT itu Maha Adil lagi Bijaksana dan kepadaNya lah kita berserah dan yakin dengan ketentuannya.

Mengenang kembali tuduhan demi tudahan dan segala perancangan jahat yang dibuat dan digembar-gemburkan oleh pemimpin parti pembangkang menjadikan saya lebih yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Perkara-perkara yang pernah difitnah dan disebarkan dengan cara tohmahan oleh PR kepada UMNO kini melekat dimuka mereka. Kalau dulu setiap hari Dato’ Seri Khir dituduh menyalahguna kuasa ( Sehingga sekarang belum ada bukti pun ) kini Menteri Besar PKR Khalid Ibrahim akan menghadapi kes rasuah dan salah guna kuasa. Kalau dulu Anwar tuduh pemimpin UMNO tidak bermoral kini YB Eli ( bekas pegawai khas Wan Azizah ) juga melakukan perbuatan tidak bermoral. Lim Guan Eng juga kini seperti biasa menyalahkan orang lain apabila cakap besarnya untuk menghapuskan kemiskinan tegar Pulau Pinang dalam masa satu tahun gagal.

Apabila mengkaji dan mengkaji saya mula yakin bahawa perjuangan yang benar untuk Agama dan Bangsa akan sentiasa menghadapi tentangan dan rintangan. Saya insaf bahwa mungkin kali ini, sesi ini semua pemimpin UMNO yang dipilih dan akan dipilih pada PAU 2009 ini merupakan orang yang terpilih untuk mengembalikan perjuangan UMNO kelandasannya yang sebenar dan memimpin rakyat kearah kejayaan yang lebih gemilang, Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan