Rabu, 11 Februari 2009

Turun Padang

Tengahari tadi saya dihubungi oleh Timbalan Pengerusi Zon Chenor, saudara Sapari Manaf ( Atan) yang memaklumkan pada saya bahawa keluarga rakan saya di RPSB Bukit kening ada masalah dengan permohonan bantuan JKM untuk anaknya yang OKU sakit terlantar di rumahnya. Oleh kerana ketika itu saya bersama dengan Penolong Pegawai JKM Maran En Ismail yang setiap hari dalam sebulan berada di pejabat saya untuk berjumpa dengan penerima bantuan JKM sebelah Jengka saya terus merujuk kes tersebut kepada beliau. Setelah mendapatkan penjelasan maka saya mengarahkan saudara Atan untuk berpakat dengan beberapa rakan yang lain untuk menyiasat situasi sebenar masalah yang berlaku.

Setelah mendengar cerita kedua belah pihak saya membuat kesimpulan bahawa kadang-kadang cara perhubungan dan pergaulan kita sesama sendiri memainkan peranan yang penting dalam urusan seharian kita. Saya dimaklumkan oleh JKM bahawa pihak Keluarga sahabat saya enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kerana menganggap soalan tersebut tidak relevan dengan permohonan bantuan tersebut. Sebaliknya pihak JKM pula perlu mendapatkan maklumat tersebut kerana perlu membuat laporan diperingkat atasan untuk memastikan samada kes tersebut layak diberi ataupun tidak. Manakala apabila saya bertanya dengan keluarga rakan saya tersebut, beliau memaklumkan bahawa pihak JKM terlalu melampau dalam soalan sehingga memberi komen bahawa keluarga tersebut tidak layak dibantu kerana mempunyai rumah yang besar, kereta yang banyak dan adik beradik yang bekerja.

Bukan tujuan saya disini untuk mencari siapa yang salah dan siapa yang benar, sebaliknya yang mustahak ialah anak OKU tersebut perlu dibantu. Melihat keadaannya yang kurus kering dan menderita saya merasa sangat sedih kerana anak tersebut sememangnya memerlukan bantuan segera. Oleh yang demikian saya telah mengarahkan saudara Penolong Setiausaha PPU Maran , Sdr H.Salimi untuk merujuk pihak JKM supaya kelulusan bantuan JKM tersebut dapat dipercepatkan. Laporan kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang juga akan dibuat untuk memohon sumbangan wang zakat untuk membantu anak OKU tersebut.

Pihak PPU Bahagian Maran juga tadi telah menghulur sumbangan setakat yang termampu secara terkumpul . Terima kasih pada saudara Alinuddin (AJK PPU Bahagian) dan Saudara H.Salimi ( P/SU PPU Bahagian ) yang sudi menghulurkan sumbangan.

Melihat kepada senario yang berlaku saya memikirkan bahawa kita perlu bertolak ansur dalam pergaulan kita supaya perkara yang kecil tidak menjadi besar sehingga ianya merebak kepada unsur lain yang tidak berkaitan. Amat malang jika slah faham yang berlaku akan menyebabkan keluarga tersebut membenci semua pegawai JKM dan seterusnya memutuskan semua hubungan dengan pegawai kerajaan. Manakala tidak mustahil jika pegawai JKM yang terbabit akan membenci keluarga tersebut dan seterusnya akan menyebabkan anak tersebut menjadi mangsa tanpa menerima bantuan.

Amat malang sekiranya hasrat murni kerajaan diperingkat atasan yang begitu memikirkan rakyatnya terbantut kerana salah faham yang berlaku. Sebaiknya siasatan dibuat dengan hati yang terbuka supaya yang kusut dapat dileraikan dengan baik.

3 ulasan:

  1. Setuju! Kurangkan birokrasi..

    Lihat sejarah Rasulullah dan para Sahabat.

    1)Rasulullah - meyuap perempuan yahudi yang menghinanya makan kemudian apabila baginda wafat,diteruskan oleh Saidina Abu Bakar. Akhirnya wanita itu mati dalam keadaan beriman..

    2)Saidina Umar - pikul gandum hantar dan masak untuk wanita miskin yang merebus batu, hingga anak2nya tertidur dalam kelaparan. Khalifah masak & dan suap anak2 itu makan hingga kenyang...

    3)Saidina Ali - hantar makanan di pintu2 rumah janda2 dan fakir miskin. Apabila wafat, baru diketahui khalifah yang hantar makanan tersebut krn dah tak ada org yang hantar...

    4)Banyak lagi ... itu diantaranya ...

    Itulah contoh ikutan kita. Luar biasa kalau PPU (Pahang) boleh buat!!! Nik Aziz tak mampu#

    BalasPadam
  2. syabas !!! saudara amin kerana saudara telah menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dalam membela nasib rakyat walaupun pemimpin yang sebegini dah semakin hampir pupus spesisnya di atas muka bumi ni. ini lah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan berkhidmat untuk rakyat. bukan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tetapi mengkhianati rakyat yang memilih.

    memang sejak dari beberapa tulisan yang lepas memang wajar bila BC telah mengatakan bahawa saudara amin memang boleh pergi lebih jauh sebagai pemimpin politik yang unggul suatu masa nanti. memang selayaknya saudara amin untuk menduduki takhta ketua pemuda maran pada penggal akan datang. teruskan usaha saudara untuk berkhidmat untuk rakyat dengan berterusan agar hubungan saudara dengan rakyat akan terus erat.

    jika baik dan boleh diterima pakai BC mencadangkan satu jawatankuasa kebajikan masyarakat (mungkin sudah ada) diwujudkan bagi mencari dan mengenalpasti dari setiap pelusuk ceruk rantau kawasan pentadbiran umno maran, sekiranya terdapat kes-kes seperti di atas yang mungkin terlepas pandang atau terdapat kerenah birokrasi oleh jabatan yang terbabit atau jkkk kampung sendiri yang perlu dibela.

    cadangan BC pemuda maran juga perlu mewujudkan biro pengaduan awam (mungkin telah ada tetapi BC tidak pernah tau tentang kewujudannya) seperti mca bagi menangani permasalahan rakyat. ia perlulah dimaklumkan kepada masyarakat tentang kewujudannya. kalau boleh juga BC mohon mencadangkan sebuah penerbitan buletin pemuda maran melalui biro penerangan (yang pastinya telah diwujudkan) yang mungkin boleh diterbitkan 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali untuk diedarkan ke cawangan2 bagi memberitahu sebarang maklumat pemuda maran. kadangkala ahli parti yang kurang aktif peringkat akar umbi seperti BC ni terlepas juga maklumat yang sepatutnya sampai ke pengetahuan kami di peringkat akar umbi walaupun berminat untuk mengetahui setiap perkembangan.

    sekadar memberi pandangan.

    wassalam,

    Budak Cenor

    BalasPadam
  3. tahniah kepada saudara NK kerana dapat bertindak dgn sewajarnya dgn segera kepada kes2 yang memerlukan tindakan segera.... Syabas!!!

    BalasPadam