Khamis, 26 Februari 2009

Tolonglah...

Apa yang difikirkan oleh pihak kerajaan ketika ini. Menaikkan kadar tol ketika dalam tempoh kegawatan ekonomi sekarang ini. Apalah sangat perjanjian konsesi yang menguntungkan segelintir pihak berbanding kesusahan yang akan dihadapi oleh rakyat yang setiap hari menggunakan jala-jalan tersebut. Dah lah penurunan harga minyak tidak banyak membantu dari segi penurunan harga barang. Ditambah pula keadaan ekonomi ketika ini menjadikan rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan.

Kalu dilihat laporan tahunan yang dilaporkan oleh syarikat pemegang konsesi, tidak ada yang melaporkan kerugian sebaliknya keuntungan yang sentiasa bertambah. Sepatutnya dalam keadaan ini, kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO / Barisan Nasional memikirkan tindakan yang popular dan mesra rakyat untuk memastikan populariti yang menurun selepas PRU 12 dapat dikembalikan semula.

Sebagai pemimpin kecil bawahan, saya merayu kepada Kementerian Kerja Raya supaya memikirkan semula kelulusan untuk menaikkan kadar tol di lima lebuh raya dapat dihentikan dengan kadar segera. Satu mekanisma baru perlu diujudkan supaya setiap peningkatan kos oleh pihak kerajaan tidak disalurkan atau dibebankan pada rakyat. Barulah kerajaan akan dianggap betul-betul kerajaan yang bertanggungjawab dan adil. Ini perlu dilakukan kerana sedikit ruang kesilapan akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai senjata mereka walaupun banyak perkara yang dinyatakan tidak terbukti kebenarannya.

2 ulasan:

  1. biasa la tuuuu....

    2-3 hari lepas kerajaan dah gembirakan kira2 50,000 penduduk2 Pekan Sungai Besi, Kampung Malaysia, Kuchai Lama, Taman Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan yang menggunakan Besraya Highway dari Jln Istana ke Pekan Sg. Besi dengan penghapusan bayaran tol dgn kadar RM1.30 sehala sejak 1999. kalau dicongak2 dgn pemikiran BC yang tak berapa reti ekonomi ni, purata pendapatan harian jika dianggarkan penggunanya seramai 20,000 kenderaan sehala adalah sebanyak RM26,000 sehari. semua rakyat yang berkenaan sangat gembira pada hari bersejarah itu 24/2/2009, 12:30pm termasuklah exco selangor / ahli parlimen seputeh teresa kok yang turut berada (klu tak silap BC) dan memberikan sokongan penuh pada kerajaan bn pada detik itu.

    Tup…tup hari ni menteri kerja raya datuk mat zin badak membuat kenyataan kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar tol mulai 1 mac di 5 buah lebuh raya: Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem PenyuraianTrafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh),Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Apa makna semua ni???

    Ini lah hebatnya kerajaan bn. Mula2 dia hulur kita… termasuk dengan penurunan tariff letrik sehinggakan harga milo turun pun jadi bahan berita utama… lepas tu dia sentap kita balik…. Sakit! Pedih! Sedih!... ada belaka… Ini lah yg dinamakan ‘smart business’. Rugi sikit tapi untung berganda…. Di tengah2 kegawatan ekonomi ni… di saat2 rakyat amat sensitif tentang sebarang kenaikkan barangan, kerajaan bertindak sedemikian rupa… entah la… apo nak dikato… lantak lah! jangan jambatan chenor pulak kena bayar tol dahhhhh!!!!
    saudara amin selaku orang besar politik. apa tindakan saudara? camne nak jawab tu?

    Kita tunggulah 10/3 mini bajet yang akan dibentangkan nanti…..
    Mari kita tengok siapa yang kena….

    Sekadar pandangan peribadi,

    Budak Cenor

    BalasPadam
  2. Desakan perlu disuarakan agar nasib rakyat terus terbela..

    BalasPadam