Khamis, 26 Februari 2009

Sivakumar...

Speaker Perak Sivakumar hari menyatakan perasaan tidak senang hati dengan siasatan pihak SPRM terhadap dirinya. Beliau menganggap perkara tersebut tidak patut dilakukan terhadap dirinya walaupun mengakui bahawa proses siasatan dijalankan dengan professional oleh pihak SPRM. Beliau juga mengaku berasa malu dengan siasatan yang dibuat oleh pihak SPRM terhadap dirinya. Beliau berkata sepatutnya sebagai seoarng speaker beliau tidak boleh disiasat kerana menjalankan tugasnya.

Inilah sebenarnya sifat pihak PR yang sentiasa kononnya ingin memperjuangkan keadilan kepada semua tetapi apabila ada kes yang melibatkan diri mereka sendiri terus pelbagai tuduhan dibuat seolah-olah mereka adalah MAKSUM dan kebal dari segala kesalahan. Yang lebih menarik lagi YB Ngeh Khoo Ham terang-terangan menuduh BN dan UMNO sebagai dalang terhadap perbuatan tersebut. Bagus lah kalau begitu, nanti segala kesalahan yang kita lakukan boleh disalahkan pada orang lain dan kita sentiasa boleh berbuat apa sahaja. Tahniah PR...

Sepatutnya tidak mengira samada ahli politik pembangkang ataupun kerajaan, rakyat sepatutnya menilai dengan seikhlasnya dan jangan terus percaya pada khabar angin dan juga cerita yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Ini jelas dalam agama Islam sendiri mendidik penganutnya supaya semua cerita dan perkhabaran yang diterima disiasat untuk menentukan kesahihannya terutama cerita yang dibawa oleh orang kafir. Ini kerana ada kemungkinan cerita tersebut dibawa untuk memecah belahkan sesama Islam supaya mereka dapat mengambil kesempatan.

Oleh yang demikian jangan sebarang cerita buruk yang tersebar diterima secara total tanpa membuat kajian dan penyelidikan kerana ianya akan memberi kesan buruk pada masyarakat.

2 ulasan:

  1. pada pendapat saya PR sekarang telah kehabisan idea...semua masalah yang mereka hadapi x dapat diselesaikan..jadi,untuk mengalih perhatian mereka menuduh UMNO yang menjadi dalang kepada masalah mereka.inikah pemimpin yang kita inginmkan? lari dari masalah??dan letakkan masalah mereka pada UMNO??Beginikah pemimpin yang kita mahukan diera sekarang? terus terang saya katakan info dari kawan saya dari korea selatan setelah saya membawa mereka melawat dan melihat teknologi di malaysia mengatakan malaysia ketinggalan 10-20 tahun dari negara mereka..jadi sejauh manakah kepimpinan PR boleh letakkan negeri mereka ketahap itu sedangkan mereka hanya pandai berkata2 sahaja tapi melakukannya tidak...bagaimana negara dapat mencapai wawasan 2020 sedangkan pimpinan mereka porak peranda yang hanya mahukan pangkat,kuasa sedangkan mereka tidak mampu...lu pikir lah sendiri....tq

    BalasPadam
  2. Salam,

    1. Memang dah jadi standard PR @PKR, PAS dan DAP menyalahkan orang lain. Semua orang dag faham ini dan rakyat dah teramat sangat membenci. Tunggu PRK akan datang pasti BN akan menang dgn syarat tidak berlaku cah keting dalam parti sendiri.

    2. Sdr jyga patut copu n paste logo Gabungan Suara Anak Pahang dan pamirkan di blog sdr sebagai tanda blog anak2 pahang. Sila ke http://gerbangtemumaya.blogspot.com untuk copy logo

    BalasPadam