Perkembangan terkini keadaan politik di Perak ketika ini menjadi tumpuan seluruh rakyat yang menyaksikan kerajaan pimpinan dato Seri Mohd Nizar terpaksa melepaskan jawatan atas titah dari Tuanku Sultan Perak. Ini kerana Tuanku Sultan mendapat maklum bahawa Mohd Nizar telah tidak mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak. Melihat kepada cara Tuanku Sultan membuat keputusan jelas ianya dibuat dengan penuh kebijaksanaan kerana sebarang keputusan yang dibuat tidaklah secara membuta tuli dan penuh dengan kebijaksanaan. Namun amat malang apabila keputusan tersebut telah dibangkang sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat ( atau Pakatan pembangkang yang kerjanya cuma membangkang sahaja) yang kononnya mengatakan bahawa hak rakyat telah pun dikhianati oleh Barisan Nasional.
Saya tidak mahu mengulas pannjang tentang isu politik dan polimik di Perak ini kerana sebentar lagi MB baru akan dijadualkan untuk mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Namun secara ringkasnya melihat kepada apa yang berlaku ini bukanlah asing di Negara ini kerana ianya pernah berlaku sebelum ini dan ianya mengikut perundangan yang ditetapkan. Tidak ada apa yang menghairankan kerana inilah juga taktik yang ingin dilaksanakan oleh pakatan pembangkang dengan cuba merobek demokrasi rakyat dengan cita-cita 16 September dan kemudian dotukar tarikh beberap kali untuk memastikan ianya kekal relevan walaupun nampak gayanya seperti omongan kosong semata. Kemudiannya seperti hidup kembali apabila seorang ADUN BN di Perak bertukar sokongan dari UMNO ke PKR dan disambut dengan baik, mesra , penuh khusyuk, beriman dan macam-macam lagilah perkataan yang digunakan untuk menghalalkan apa yang berlaku itu.
Inilah yang dikatakan apabila sebaik-baik perancang itu ialah Allah swt kerana segala perancangan jahat yang dilakukan oleh pakatan rakyat akhirnya setelah beberapa hari memakan diri dan beberapa ADUN mereka mula mengisytiharkan sokongan kepada Barisan nasional sehingga menyebabkan Pakatan kehilangan sokongan majoriti di Perak. Tetapi dengan angkuhnya pakatan mula melakukan beberapa tindakan yang seolah-olah mereka ini berada diatas maksum dengan ingkar kepada arahan Sultan supaya meletak jawatan dan sebalik bertindak menghasut rakyat untuk sama-sama menderhaka kepada Sultan. Berita yang terakhir yang diterima ialah Mohd Nizar yang derhaka itu akan menyaman Sultan Perak demi untuk memastikan Kuasa MB kekal ditangannya.
Inilah akibatnya apabila terlalu jauh asyik dengan kuasa akhirnya hukum, halal haram dan nasib rakyat tidak lagi menjadi agenda utama tetapi misi peribadi yang kemaruk kuasa menentukan cara perlakuan tanpa memikirkan rasional undang-undang. Saya berdoa agar institusi Raja Berpelembagaan yang menjaga kesucian Agama Islam ini akan berjaya dipertahankan dan memastikan supaya penderhakaan ini dapat dihapuskan bagi memastikan Keselamatan, keamanan dan dan kesejahteraan Agama, Bangsa dan Tanah air ini terus terbela. Sebagai pewaris perjuangan saya akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari parti, sekiranya saya diperlukan untuk berhadapan dengan penderhaka ini maka saya menyeru seluruh warga Pemuda UMNO Maran khasnya dan Pahang secara umumnya untuk kita bersatu hati menghapuskan penderhaka ini...Allahhu Akbar..Daulat Tuanku...

Salam sdr,
BalasPadambaca juga posting terbaru saya di http://braveheart-blogger.blogspot.com
Salam Amin,
BalasPadamNampaknya saudara mula menulis tentang senario politik di Perak. Memetik kata-kata YB Kuala Sentul, politik ibarat papan catur. Untuk kejayaan, ada buah catur yang perlu dikorbankan. Kini PR masih tidak boleh menerima bahawa mereka telah di"counter attack" yang akhirnya, mereka "check-mate".
Senario politik di Maran tidak kurang panasnya. Nampak sahaja macam suam-suam, tapi ada yang "bergelegak".
Mungkin saudara Amin perlu lebih banyak menulis tentang senario politik setempat, kerana saudara sendiri lebih maklum impaknya kepada kami di akar umbi.
Buat pemain politik Perak, selamat menyusun semula buah catur...
rentaka.blogspot.com
salam....
BalasPadamsaya amat setuju dengan kenyataann dan pendirian saudara amin yang menulis tentang politik di negeri lain. ini akan menyedarkan kita bahawa ahli omnu sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini politik di malaysia.
buat saurada/i rentaka ,
anda tidak seharusnya hanya untuk untuk mendapatkan maklumat politik setempat.seharusnya buangkan ego dan sertai segala aktiviti yang bahagian laksanakan jangan hanya pandai berkata-kata dan mengkritik saja.
teguran ini tidak untuk mematahkan semangat dalam perjuangan saudara tapi fikirkanlah jika semua ahli berpendirian seperti saudara maka tiada ahli yang berani untuk menjadi barisan hadapan dan hanya untuk mendapatkan maklumat sahaja.
buat pemudamaran...
BalasPadam(ahli omnu)
pemudamaran menulis,
"anda tidak seharusnya hanya untuk untuk mendapatkan maklumat politik setempat.seharusnya buangkan ego dan sertai segala aktiviti yang bahagian laksanakan jangan hanya pandai berkata-kata dan mengkritik saja."
Saya hanya ahli UMNO biasa. Apa perlunya EGO? Namun. tanpa maklumat, bagaimanakah saya ingin menyertai SEGALA aktiviti yang bahagian laksanakan. Saudara sendiri adakah menyertai SEGALA (SEMUA) aktiviti?
Takrifan "barisan hadapan" sendiri saudara tidak huraikan. Ibarat formasi ketenteraan, tak semua menembak dengan senapang. Saya ada cara sendiri untuk berjuang. Semangat berjuang itu lebih penting. Tanpa maklumat, mana mungkin saya berjuang?
Terima kasih kepada penulis yang menggelar dirinya - pemudamaran. Teruskan perjuangan!!!
rentaka.blogspot.com
buat pemudamaran...
BalasPadam(ahli omnu)
Saya nak tambah sedikit. Mungkin saudara pemudamaran AMAT BERSETUJU saudara Amin menulis tentang politik dinegeri lain. Saya juga dalam ulasan saya pula tidak pernah berkata AMAT TIDAK BERSETUJU. Ada ke?
Jika dilihat kepada posting dan ulasan sebelum ini, inilah kali pertama saudara Amin menulis tentang politik Perak. Ini bermakna, betullah ayat saya, saudara Amin "mula menulis" senario politik di Perak. Mungkin selama isu ini berlaku, saudara Amin mengambil langkah wasapada dan berhati-hati (tanggapan saya).
Buat pemudamaran yang memberi ulasan di atas, rajin-rajinkanlah membaca semua posting dan ulasan yang ada dalam blog ini. Jangan membuta-tuli menghukum...
Buat tuan rumah, maaf jika rumah ini terganggu...
Sudah-sudahlah. Cukup-cukuplah...
rentaka.blogspot.com
apa ni lain yang di tulis lain pulak komen di terima....
BalasPadamklu nak tahu perkembangan pemuda maran layari
cucutokbahaman@blogspot.com
sama2 kita meneruskan perjuangan demi masa depan agama , bangsa dan negara.
Salam Amin, budakjengka,...
BalasPadamSyabas. Tahniah.
Setelah sekian lama disaran dan diprovok, akhirnya wujudlah blog aktiviti Pemuda UMNO Maran. Blog ini diwujudkan oleh Biro Hal Ehwal Keahlian, Cawangan dan Daftar Pemilih, Pemuda UMNO Maran. Alamat URLnya di...
http://cucutokbahaman.blogspot.com/
Kepada yang membaca mesej ini, mohlah kita ke blog CTB ini.
Kepada saudara Amin, maaf kerana selalu provok tentang isu ini.
rentaka.blogspot.com
bertaki ni ada buruk ada baiknya tapi jangan sampai kita berpecah belah disebabkan sedikit salah faham.
BalasPadam