Isnin, 9 Februari 2009

Petikan rakan Blogger

Diselekoh (Pada MAC), ada PAU
1. Kemelut politik Perak berakhir. BN telah berjaya tadbir negeri. DSN sudah keluarkan kukunya. Teman dan musuh akan terasa ngeri.

2. Pergolakan yang berlaku sangat menarik dan perlihatan kematangan dalam politik di Malaysia - dikalangan politkus.

3. Bagaimanapun diperingkat bawahan, masih berteraskan sentimen dan retorik. Kepercayaan dan kesetiaan membabi-buta - babi yang buta!

4. Kemenangan BN di Perak dialukan rakyat umum. Perubahan kuasa kepada BN memberikan keyakinan kepada bangsa Melayu dan seluruh rakyat.

5. Kegagalan dan kekecewaan politik DSA ibarat mengejutkan harimau yang luka. Awas serangan balas yang menggila dan BN mesti sentiasa sedia.

6. DAP kata PR tolak DSA sebagai ketua pakatan. Tetapi P051 berbelit lidah dan lembut gigi dari gusi. Jika bertemu ular dan yang ini, ketuklah dulu yang ini.

7.Musuh mungkin guna taktik dan senjata sama. Mugkin biarkan BN leka dan lena seketika. Bukan mustahil BN dapat satu negeri tetapi hilang satu negara. Mungkin mereka juga uji teori dan perundangan politik wang dan lompat parti.

8. PAU semakin hampir. Luka tempur harus dirawat segera untuk hadapi pemilihan dalam parti pula. Bagaimana pun jangan hanya fokus kepada satu kerana harus juga melihat kepada dua penjuru - harus berjaga-jaga dan jangan leka - awasi jerat yang tidak melupai kita.

9. Pelan peralihan dan 'reform' yang dijanjikan masih kelam. Dalam politik semua boleh berlaku. Bukan kita tahu No.2 mesti jadi 1.

10. Bukan semua pemimpin baik dan bijak akan terpilih, perwakilan juga memlih bulu - antara yang tebal dan yang nipis, yang lurus dan kerinting.

11. DSN perlukan gandingan yang baik. Perlukan penyokong yang dipercayai bukan wawasan satu legasi. Idealis dan nasionalis. Kritis tetapi bukan opertunitis. Lantang bersuara menyatakan kebenaran. Dari Johor nampak ada yang sebegini. P143 mungkin orangnya.

12. Sayap Pemuda perlu lantang bukan temberang. Menang debat bukan bererti hebat. Bijak berfikir dan bertindak bukan hanya bijak bercakap. Tapi, P005 nampak terserlah - bapak borek anak rintik.

13. Sayap Wanita ni penting juga, tiada dayang kemana pulangnya lembing si awang? Yang lama bukan tak berguna. Yang ini - P067 yang punya.

14. Sayap Puteri, harus berseri dan menyeri. Terpaksalah lihat didalam negeri sendiri. Nampak bistari dan seorang isteri. N025, dia disini sedia berbakti.

15. Yang itu dan tersusun untuk dipilih. 'Reform' parti (bukan 'Rebranding') mesti menjadi - baru lah UMNO gagah kembali.

Nota:Ucapan selamat bersara sebagai presiden UMNO dan PM kepada DS Abdullah Badawi.
Terima kasih kepada Beranikan HAti...

2 ulasan:

  1. Untuk kita sama-sama fikirkan dengan mata hati...

    Cak Lam (Pengundi Dun Chenor)

    ----------------------------------------------

    http://www.eratimur.com/wahai-parti-parti-politik-bagaimanakah-berakhirnya-nanti/

    Wahai Parti-Parti Politik, Bagaimanakah Berakhirnya Nanti?

    1. Gembar-gembur sebelum ini bermula 16 Sept, dan seterusnya, PR hendak mengambil alih kuasa Kerajaan Pusat nampaknya kabur dan mungkin berkubur. Konon dakwaanya ialah melompatnya sejumlah Ahli Parlimen BN kedalam PR, hingga membentuk lebih majoriti. Apa yang kelihatan dalam tempoh terdekat ini ialah Perak kembali kepada BN melalui kaedah ADUN PR lompat kedalam BN atau ADUN PR itu keluar dari PR menjadi ADUN bebas tetapi menyokong BN. Setidak-tidaknya tergugat juga perasaan pimpinan dan ahli PR dengan peristiwa tersebut. Tentulah PR sedang menghitung apa pula mimpi ngeri yang bakal menimpa selepas ini. PR tak boleh pertikaikan tindakan ADUN PR lompat parti sebab PR pun mahu berkuasa dengan cara yang sama iaitu mengharapkan Ahli Parlimen BN lompat parti.

    2. Pelik! Apabila ADUN Bota Dato Nasaruddin Hashim melompat sekejap kedalam PR, ada respon segera dari SPRM mahu membuat siasatan kalau-kalau ada rasuah. Dua ADUN PR yang menjadi Bebas sekaligus menyatakan sokongan kepada BN untuk membentuk Kerajaan Negari Perak, sudah sedia ada kes rasuah. Kesnya senyap saja.

    3. Melihat kepada gelagat dan telatah orang politik dimana sahaja, contoh terbaru apa yang berlaku di Perak, amat memualkan rakyat umum. Rakyat tahu disebalik laporann-laporan yang tersirat itu amat banyak lagi yang terselindung dan tidak tersingkap. Rakyat tidak lagi melihat apa yang berlaku, tetapi sebab apa sesuatu peristiwa itu berlaku. Betapa pun ditutup, tidak akan mengubah perasaan rakyat umum yang menganggap terdapat berbagai muslihat disebaliknya.

    4. Tindakan-tindakan dalam politik sering dikaitkan dengan tektik kotor atau bermain kotor. Orang politik tidak mengira kesan jijik yang dilihat oleh rakyat. Apa yang penting bagi orang politik ialah mencapai matlamat politik. Semua cara adalah halal. Memang itulah yang diajarkan dalam politik yang sumber ilmu politik itu adalah Yahudi. Apa akan terjadi sekiranya rakyat umum muak, bosan dan benci terhadap politik begini? Samada BN mahupun PR memakai tektik yang sama. Sama-sama jahat politik.

    5. Resah dan keluh kesahnya rakyat umum di terima sambil lewa dan acuh tak acuh oleh orang politik. Kalau adalah bancian dan statistik nescaya semua pehak terkejut bahawa dalam tempuh lima tahun terakhir ini paling banyak berlaku demonstrasi. Sebenarnya bukan tiada saluran atau tidak tahu saluran, tetapi itulah tandanya keluh kesah rakyat. Namun bagitu perasaan rakyat siapa yang mahu peduli. Kekosongan jiwa rakyat itu siapa yang mahu memenuhinya.

    6. Apa sebenarnya yang rakyat mahu? Rakyat mahukan pemimpin yang bersikap umpama ayah dan ibu kepada mereka. Pemimpin yang membawa kasih sayang. Pemimpin yang menjadi penyelamat, pembela dan penghibur melalui kasih sayang. Mahukan pemimpin yang memimpin rohaniah mereka serta memenuhi kehidupan mereka. Mahukan pemimpin yang benar-benar mampu menggandingkan material dan spiritual, seiring membangun tamadun material dan rohaniah. Barulah kepuasan hidup rakyat dapat dipenuhi. Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar baik, bersih dan bertaqwa yang Tuhan bantu dan tolong segala urusannya. Segala urusan rakyat Tuhan mudahkan. Makmur segala hasil bumi. Tenteram semua manusia dari gejala sosial. Inilah tanda berkat dari Tuhan.

    BalasPadam
  2. Semoga menjadi santapan minda untuk di fikirkan bersama...terima kasih..

    BalasPadam