Rabu, 4 Februari 2009

Ketua Pemuda UMNO Maran

Sehingga semalam saya dimaklumkan oleh beberapa orang rakan bahawa masih terdapat usaha yang dijalankan oleh beberapa orang bekas pemimpin pemuda UMNO Maran yang bertanding pada pemilihan peringkat bahagian dahulu yang mengambil keputusan melaporkan kejadian salah laku kempen pemimpin yang telah memenangi jawatan diperingkat bahagian terutamanya diperingkat pemuda UMNO Bahagian Maran. Yang anehnya kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini setelah selesai pertandingan berlaku secara muhibbah diperingkat bahagian. Kesemua calon yang bertanding telah bersetuju untuk berkempen secara ‘gentleman’ dan tidak membuat sebarang sabotaj kepada pihak lawan. Ini kerana masing-masing menyedari pertandingan ini merupakan satu proses demokrasi kepimpinan dalam UMNO yang secara tradisi dan peraturannya mengikut kehendak demokrasi dalam parti. Walaupun terdapat calon yang dari segi pencalonannya telah pun kalah dari segi pencalonannya tetapi kerana koutanya telah layak maka sebagai menghormati prinsip dan peraturan parti, tetap kedua pihak bertanding. Ada yang mengeluarkan manifesto dan ada yang terus turun ke akar umbi untuk merapati ahli pemuda.

Dalam pada itu saya diberi mandat dan ruang sepenuhnya oleh perwakilan cawangan untuk menjawat jawatan Naib Ketua dan diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding pada sesi ini ( 2008-2010) seperti yang pernah berlaku pada sessi 2001-2004 semasa Saudara Nasaruddin Bin Abdullah menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran. Tahniah dan juga terima kasih kepada beliau yang ada memberikan nasihat dan pandangan kepada saya sepanjang waktu kempen untuk jawatan tersebut. Ini memberikan sedikit tambahan kekuatan untuk saya membuat keputusan dalam menghadapi suasana pertandingan ketika itu.

Saya akur bahawa sehingga Ketua Pemuda baru dipilih Ketua Pemuda yang ada harus dijaga dan dipertahankan. Namun sebagai menghormati demokrasi dan setelah memikirkan semasak-masaknya saya memilih untuk menyokong Saudara Najuib berbanding Saudara Jisshealyz ketika pertandingan tersebut. Ini kerana saya merasakan sebagai seorang pemimpin yang dipilih oleh pemuda saya perlu mempunyai sikap tegas dan berterus terang untuk kepentingan parti dan juga ahli pemuda. Saya tidak mahu saya dituduh bermuka-muka dan juga tidak mempunyai pendirian. Amat malang seorang pemimpin pemuda yang dipilih keseluruhannya tetapi gagal dalam membuat pendirian yang tetap dalam hal kepimpinan. Wal hal siang malam berkempen supaya semua ahli membuat pendirian supaya kita tidak dicap sebagai dua alam dan sebagainya.

Tetapi apabila selepas pemilihan berlaku dan saya menyedari terdapat usaha untuk menjatuhkan Saudara Najuib dengan taktik laporan ke Lembaga Disiplin UMNO saya amat terkejut dan berasa hairan. Sepatutnya jika kita telah membuat keputusan untuk bertanding maka secara sahnya kita telah mengakui bahawa salah seorang dari kita telah kalah dan seorang sahaja yang akan menang. Jadi adalah tidak munasabah apabila kita secara peribadinya cuba untuk menganiayakan parti dengan cara sedemikian.
Namun saya juga percaya inilah masalah dan sikap buruk orang Melayu yang penuh dengan PHD ( Perasan Hasad Dengki) yang masih belum mahu berubah demi untuk kebaikan Agama dan Bangsa. Sama seperti Kepimpinan PAS dan PKR yang begitu beria-ia untuk menjatuh UMNO yang sememangnya telah dari dahulu berjaya untuk mendominasikan politik negara dan memperjuang dan menegakkan Agama Islam ditempat yang mulia dalam negara ini. Tetapi oleh kerana hasad yang tinggi maka semua itu tidak dipedulikan dan UMNO dicerca dan dihinakan dan lebih malang lagi apabila ada dikalangan ahli UMNO yang merasa kesenangan dan rahmat dalam pemerintahan UMNO sendiri pun mempercayai fitnah dan dakyah yang dibawakan.. Nauzubillah...

10 ulasan:

  1. salam dari Budak Cenor...

    saudara amin janganlah emosional sangat...
    kenapa saudara menulis dengan nada yang kecewa bercampur rasa sedikit marah dan ketidakpuashatian di atas apa yang telah dilakukan oleh pihak yang cuba menjatuhkan KP saudara dengan cara begitu?. pedulikan apa orang nak kata. saya percaya sebagai seorang pemimpin yang ada kredibiliti, KP saudara dan saudara sendiri tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar tata etika displin umno. apa nak takut! BERANI KERANA BENAR! LAWAN TETAP LAWAN!.....(ke ada juga buat salah macam yang lain-lain tu???)

    syaitan berbisik: biar la KP saudara tu kena tindakan disiplin dan digantung sebagai ahli umno yang secara automatiknya gugur la beliau selaku KP bhg. apa lagi??? saudara amin lah yang akan memangku jawatan sebagai KP. tak ke bagus tu? jadi ahli politik ni mesti bersedia untuk dicantas dan sanggup mencantas orang dengan tanpa belas kasihan walaupun saudara sedarah. inikan pula kawan biasa je... kalau kita tengok akademi fantasia astro tu, setiap kali ada peserta tersingkir, peserta yang tidak terkeluar akan menangis bagai nak gila. itulah tangisan kegembiraan nama nya. tetapi penonton telah dimanipulasi sebagai tangisan kesedihan... kenapa perlu sedih kalau terselamat dari disingkirkan. tak gitu? lagipun memang selayaknya saudara amin yang menduduki kerusi KP tu kalau dilihat dari pelbagai aspek.

    kalau kita nak ketengahkan seorang pemimpin politik pemuda biar lah yang ada potensi untuk pergi jauh setidak-tidaknya sebagai wakil rakyat. setiap ahli pemuda perlu rasional dan berpandangan jauh untuk 10-20 tahun ke hadapan. bukan untuk 1-2 tahun je. sementelah ditimbang-timbang hasil dari borak-borak kedai kopi dgn ahli-ahli politik kecil yang BC ceritakan terdahulu, memang jelas, sudah terang lagi bersuluh daripada barisan kepimpinan pemuda maran pada hari ini hanya saudara amin yang BC nampak dan sense BC kuat mengatakan saudara boleh pergi jauh dalam politik. insyaAllah. saudara amin perlu teruskan perjuangan perbaikkan hubungan dengan ahli-ahli akar umbi. 'personal touch' wajib ada. yang penting saudara kena bijak. bak kata pepatah "ibarat menarik rambut dalam tepung" kerana sebagai anak jati chenor, BC tetap mahukan pimpinan pemuda maran diterajui oleh anak jati chenor dari dun chenor! MUKTAMAD!.

    BC mohon maaf sekiranya terlebih kata memberi nasihat bab politik kepada saudara yang tentunya lebih arif dan bijaksana menanganinya.

    wassalam,

    Budak Cenor

    -sama-sama lah pemuda maran berjuang dan bekerja keras bagi membantu kemenangan calon BN pada kempen pilihanraya DUN Negeri Perak yang bakal diadakan.(5.01 pm - MB Perak masih menunggu perkenan Sultan Perak untuk pembubaran DUN)

    BalasPadam
  2. Ini yang dikatakan rumah dah siap tapi tukul masih berbunyi. Kadang- kadang memang pelik manusia ni kesalahan orang lain nampak sangat kesalahan sendiri tak nampak. Kalau nak ikutkan orang kalah pun kena siasat jugak sama je mainannya. Cuma bezanya dia kalah. Lain lah orang kalah tu tak guna duit nak bertanding . Tapi dengan mata kepala saya sendiri nampak tiap-tiap malam ada je program dia panggil perwakilan makan- makan siap dgn duit minyak sekali . Itu nak dikira macammana? Sepatutnya sekarang kita kena pikir macam mana kita nak bersatu semula bukan nya nak menjatuhkan orang lain demi kepentingan sendiri. Dah kalah tu sudah lah kalau rasa diri tu hebat sangat cuba lah bertanding pemilihan akan datang . Buat apa nak kecohkan keadaan merosakkan parti sendiri je. Cakap bukan main masing - masing demi partilah demi bangsalah demi agamalah “ Pongek la” kalau dah hati busuk,busuk situlah.............

    BalasPadam
  3. .

    Salam Amin,

    Saya baru selesai tengok Buletin Utama TV3 sebentar tadi tentang perkembang politik di Perak. Nampaknya ada sinar dihujung kelam.

    Kini, apabila memasuki ruang siber, saya pula terkejut dengan apa yang saudara Amin sampaikan. Secara peribadi, saya baru tahu tentang perkara ini. Mungkin kerana saya kurang bertemu atau dipertemukan dengan mana-mana JK Pemuda, saya tidak mengetahui tentang situasi sebegini.

    Secara peribadi juga, saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Seperti yang saya nyatakan dalam blog saya, CUKUP-CUKUPLAH. Kenapa nak kacau orang buat kerja? Bantu, sokong dan dorong dengan cara sendiri. Bukan dengan cara kasar, gunakanlah pendekatan yang lebih rasional. Perkara sebegini pernah berlaku dalam UMNO di tahun 1988. Apa natijahnya?

    Buat Saudara Amin dan semua kepemimpinan PPU Maran, teruskan bekerja dengan bersemangat.


    dari jiwa dan minda...
    rentaka.blogspot.com

    .

    BalasPadam
  4. http://www.eratimur.com/

    Elok untuk kita fikir-fikirkan dengan mata hati.

    BalasPadam
  5. salam kekanda ku....

    adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang..yang menang perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab manakala yang kalah perlu menjalinkan hubungan dengan akar umbi untuk menyetahui dimana silap dan salah sewaktu pemilihan yang lepas.

    BalasPadam
  6. salam dari Budak Cenor...

    memang betul lah apa yang BC perkatakan dulu. rasuah politik dalam umno tidak mungkin dapat dihapuskan. kerana ahli-ahlinya telah dilatih sejak dari era pemuda lagi, sejak dari mula-mula mengenali dunia politik telah diasuh dengan rasuah politik. hancur bangsa melayu kalau macam ni. dulu, kini dan selamanya parti umno akan berterusan menjadi parti rasuah. opppss... bukan parti rasuah tapi pemimpin dan ahli-ahli parti yang menjadi perasuah politik. yang buat kerja tu tak ramai. yang dapat untungnya ahli-ahli tertentu sahaja. tetapi yang buruknya orang tetap akan cakap ahli umno yang rasuah.

    laporkan saja mana-mana pemimpin atau ahli-ahli umno yang menjadi dalang perasuah politik umno. kerana sebab dik pengkhianat-pengkhianat bangsa ini lah yang merosakkan anak bangsa sendiri. cukup-cukup lah ber"boss"kan perasuah politik.

    andaikata setiap perwakilan pemuda menjadi dalang dan pengkhianat bangsa sama seperti saudara JAI yang bersubahat merahsiakan rasuah politik yang berlaku di depan mata.... (ada kepentingan lah tu gamaknya)... sendiri jawab lah. jadi lah bangsa melayu yang me... layu... dan terus layu. tak kan nak bagi makan anak isteri dengan rezeki hasil rasuah...


    sama-samalah kita ingat memperingati...
    baca, fikirkan dan amalkan. insyaAllah...

    وَالْعَصْرِ.إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ.إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

    'demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran'.


    الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لا يَقُومُونَ إِلا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُالشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُمَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْفِيهَا خَالِدُونَ

    Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

    surah Al-Baqarah ayat 275


    wassalam,

    Budak Cenor

    -maka tumbanglah kerajaan pakatan rakyat di negeri perak. nampak sangat tak berpakat

    BalasPadam
  7. Teruskan bicara, semoga kita akan mendapat manfaat darinya, dan agama dan bangsa terus terbela...

    BalasPadam
  8. semoga akan datang ianya menjadi sebuah parti yang bermaruah tanpa rasuah.

    BalasPadam
  9. UMNO Maran harus membuat muhasabah diri. Pemimpin harus bertanya diri mereka adakah mereka berada di tempat mereka sekarang dengan penuh ihklas kerana Agama, bangsa dan negara... ataukah kerana keinginan untuk mendapat pangkat dan harta. Andai kata yang pertama jawapannya, insyaallah, perjuangan kamu akan direstui Allah dan rakyat, tetapi andai kata yang kedua adalah jawapannya, maka bersedialah untuk dihisab dan menerima natijahnya

    BalasPadam
  10. Kawan bukanyer nak menyokong maner-maner pihak, tapi kalau kite terus membiarkan politik wang berleluasa dalam UMNO, sampai bile-bile pun orang tak kan hormat pade kite sepertimane yang berlaku sekarang, berani buat berani la tanggung, kenape pulak nak salahkan orang yang buat aduan pada lembaga disiplin, itu lah namenyer politik, kalau kita menjatuhkan orang dengan cara kotor maka orang akan jatuhkan kita dengan cara kotor juga, Tuhan tu adil, Tuhan tahu aper yang berlaku di Mercu View dulu, dan di hotel Dynasty dan juge beberapa tempat yang lain, kalau kita ade buat salah terpaksa la kite terima balasannyer, kenape nak takut kalau tak buat salah. Dan kepada saudara Amin tak payah la nak sedih-sedih, kala Najuib jatuh pun, awak jugek yang akan memangku jadi KP, bukannyer Jesli pun, tak payah la taksub sangat dengan Najuib tu, begitu la jugek dengan saudara Jai dan beberapa rakan yang lain, Najuib tu bukan nyer seorang ulama nak taksub sangat dengan dia, lain la kalau dia tu memang seorang yang bersih, alim, warak, tapi kita semua tahu aper yang Najuib telah buat. Tepuk dada tanyer selera, kita ader ugama, masing-masing tahu yang maner halal dan yang maner haram, TAPI KALAU KITA RENUNGKAN SEMULA, DUIT YANG NAJUIB BAGI MASE MALAM LAST KAT MERCU VIEW TU HALAL KER HARAM, FIKIR-FIKIR LAH SENDIRI.

    BalasPadam